• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komuter Beroperasi Di Utara Jumaat Ini

oleh Ahmad Albab
07/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan beroperasi di utara Semenanjung bermula Jumaat ini.

KTMB berkata ia melibatkan laluan Kamunting-Butterworth-Gurun sebanyak 12 perkhidmatan sehari, enam perkhidmatan bermula dari Stesen Kamunting dan enam dari Stesen Gurun.

Perkhidmatan Shuttle KTM Komuter ini akan berhenti di 11 stesen iaitu Kamunting, Bagan Serai, Parit Buntar, Nibong Tebal, Simpang Ampat, Bukit Mertajam, Bukit Tengah, Butterworth, Tasik Gelugor, Sungai Petani, dan Gurun.

Ia menggunakan tren Electric Mutiple Unit (EMU) sebanyak tiga gerabak yang tren pertama dijadual berlepas seawal jam 5 pagi dan berakhir pada jam 8 malam dari stesen permulaan iaitu Kamunting dan Gurun dengan kekerapan tiga jam.

Menurut kenyataan KTMB, kadar tambangnya adalah antara RM1 hingga RM10.50 bagi perjalanan sehala untuk dewasa.

KTM Berhad turut menawarkan tiket konsesi dengan tambang separuh harga untuk warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak berumur antara empat dan 12 tahun.

Maklumat lanjut mengenai jadual waktu tren dan tambang boleh diperoleh di laman web KTM Berhad di www.ktmb.com.my atau di talian 1-300-88-5862. – BERNAMA

Tags: KTMB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd