• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Kesan Jerebu Kepada Tanaman Negara

oleh Ahmad Albab
18/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Kerajaan akan mengkaji kesan jerebu terhadap industri pertanian negara terutamanya tanaman, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata keadaan jerebu memberi kesan kepada sinaran matahari yang merupakan keperluan utama dan makanan semua tanaman.

“Kalau (jerebu) terlalu lama dan tebal, kita bimbang akan memberi kesan kepada tanaman. Ini adalah perkara yang menjadi perhatian dan kerajaan akan melihat kesannya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Kompleks Jabatan Pertanian Serdang di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery berkata, kerajaan akan mengkaji pembelian input pertanian yang dibuat dalam dolar Amerika Syarikat (US) bagi mengawal kesan kenaikan dolar kepada sektor pertanian negara.

“Sebagai contoh, apabila beli baja dari China, apakah Malaysia perlu menggunakan US Dolar atau menggunakan Reminbi. Bagi saya lebih baik guna Reminbi daripada Dolar kerana lebih stabil.

“Langkah ini (penggunaan Reminbi) akan membantu para petani mengatasi kesan kenaikan Dolar yang mendadak. Oleh itu, penggunaan matawang selain Dolar US perlu dikaji,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyPertanian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pertanian Di Kawasan Tanah Talian Elektrik TNB Dibenarkan

09/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Aktiviti penggunaan tanah termasuk pertanian khususnya tanaman kontan boleh diusahakan di kawasan yang terletak dalam koridor talian...

Jutawan Kongsi Kisah Hampir Gila Dikhianati

11/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Usahawan tani ini nyaris gila pada 2011 sebaik syarikat kontraktor yang diusahakan sejak berusia 18 tahun, hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd