• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Pengangkutan Arah Jabatan Laut, DCA Keluar Amaran Jerebu

oleh Ahmad Albab
13/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk mengeluarkan amaran jerebu kepada pesawat dan kapal yang beroperasi di semua lapangan terbang dan pelabuhan.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sekiranya jarak penglihatan kurang daripada satu batu nautika akibat jerebu, bot-bot nelayan dan kapal kapal kecil perlu menghentikan operasi mereka atas faktor keselamatan.

“Begitu juga dengan pesawat-pesawat udara, sekiranya jarak penglihatan kurang daripada 600 meter, maka pendaratan di lapangan terbang akan menjadi sangat berbahaya kerana pandangan tidak jelas akibat jerebu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MCA Negeri Selangor di Wisma MCA, hari ini.

Liow berkata pihaknya berharap kerajaan Indonesia akan segera menyelesaikan isu pembakaran terbuka dan ‘hot spot’ di negara itu yang menyebabkan fenomena jerebu teruk di negara-negara jirannya.

Terdahulu, Liow yang juga Presiden MCA menyeru semua anggotanya untuk bersatu padu bagi merampas kembali kepimpinan kerajaan negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

“Pucuk pimpinan parti perlu memanfaatkan penggunaan media sosial untuk berinteraksi dengan anggota dan penduduk di bahagian serta cawangan masing-masing bagi lebih memahami masalah mereka,” katanya dalam bahasa Mandarin.

Dalam pada itu Liow berkata MCA Selangor juga telah menubuhkan satu jawatankuasa kerja yang diketuai Setiausaha MCA Selangor, Ng Chok Sin bagi memantau aktiviti Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang meragukan.

“Penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) oleh Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali menimbulkan persoalan pelbagai pihak apabila ia ditubuhkan tanpa pengetahuan Dewan Undangan Negeri Selangor.

“Rakyat Selangor mula mempersoalkan kewujudan DEIG kerana ia dilihat tidak membawa sebarang ‘synergy effect’ kepada perkembangan ekonomi negeri.

“Oleh itu, Barisan Nasional sebagai pembangkang di DUN Selangor perlu bersama-sama memantau penubuhan DEIG yang sangat meragukan itu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya mendapati sebarang penyelewengan,” katanya.

Sementara itu, Liow berkata bagi membangunkan infrastruktur dan ekonomi kampung baharu di negara ini, seramai 27 orang terdiri daripada anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ketua kampung akan mengikuti rombongan MCA ke China bagi bertukar-tukar pandangan mengenai pembangunan kampung baharu.

“Dalam rombongan tersebut, anggota delegasi berpeluang untuk berinteraksi dengan ketua-ketua kampung di Jiangxi dan Zhejiang bagi bertukar-tukar pandangan mengenai pembangunan kampung baharu.

“Selepas daripada rombongan ini, diharapkan mereka dapat membawa ilmu yang diperoleh itu untuk dikongsikan kepada penduduk di kawasan masing-masing bagi membantu membangunkan kampung baharu,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: JerebuLiow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd