• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadaan Nur Rozi Bertambah Baik – Naim

oleh Ahmad Albab
11/09/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelumba pelapis berbasikal lebuh raya negara, Nur Rozi Yanti Mat Rodzi yang terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan, kini bertambah baik.

Timbalan presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad dalam satu kenyataan melalui aplikasi Whatsapp kepada media berkata Nur Rozi kini sudah boleh bangun dan duduk.

“Alhamdulillah…salur oksigen hidung sudah dicabut, hari ini Nur Rozi cuma gunakan oksigen mulut sahaja. Paru-parunya makin berkembang dengan elok. Pagi tadi dia sudah bangun dan duduk di kerusi.

“Nur Rozi juga sudah boleh makan dan minum seperti biasa,” katanya mengenai keadaan Nur Rozi, selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Km19, Lebuhraya SILK Kajang pada Sabtu lepas.

Nur Rozi berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan pada Ahad lepas dan keadaannya dilaporkan stabil selepas itu.

Pelumba berusia 17 tahun itu terlibat dalam kemalangan pada pukul 9.45 pagi ketika menjalani latihan bersama pelumba lain.

Laporan awal polis sebelum ini menyebut Nur Rozi Yanti terjatuh daripada basikalnya ketika membetulkan kedudukan kakinya yang kebas sebelum dilanggar van pengiring yang mengekorinya. – BERNAMA

Tags: basikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

Penunggang Basikal Maut Terperosok Bawah Treler, Terjatuh Lepas Langgar Lubang

Penunggang Basikal Maut Terperosok Bawah Treler, Terjatuh Lepas Langgar Lubang

14/06/2025
0

Kulai: Seorang penunggang basikal warga Singapura dilaporkan maut selepas terperosok di bawah treler dalam insiden dekat Jalan Gunung Pulai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd