• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal Sah Lian Belum Dapat Dikesan – APMM

oleh Ahmad Albab
12/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) masih belum dapat mengesan kapal kargo Sah Lian yang dilaporkan hilang pada 7 September lepas, walaupun ia dimaklumkan bahawa kapal itu sudah ditemui sekitar 23 batu nautika dari Miri malam tadi.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata pemilik kapal itu memberitahu bahawa mereka telah dihubungi oleh sebuah kapal kargo yang ternampak Sah Lian pada pukul 10.45 malam tadi, dan memaklumkan bahawa kapal itu mengalami kerosakan dan hanyut.

Beliau berkata APMM yang kemudian dimaklumkan mengenainya pagi tadi (Khamis) telah bergegas ke lokasi tempat kapal itu dikatakan dijumpai, namun sehingga pukul 3 petang tadi, kapal itu masih belum dapat dikesan.

“Kami belum ada maklumat tepat. Sebaik saja kami jumpa kapal itu, kami akan membawanya masuk ke pelabuhan, siasat kerosakannya, bawa anak kapal untuk rawatan jika perlu dan kemudian ambil keterangan daripada mereka.

“Kita mengharapkan yang terbaik,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat APMM Wilayah Sarawak di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (Komtas) di Muara Tebas di sini, hari ini.

Ismaili berkata kapal itu dikatakan mengalami kerosakan pada bahagian kotak gear.

Beliau berkata sebaik menerima laporan mengenai kehilangan kapal itu Isnin lalu, pihaknya mengerahkan kesemua aset laut yang beroperasi di daerah maritim Kuching, Bintulu, dan Miri untuk mengesannya dengan turut dibantu oleh pesawat C-130 dari Tentera Udara Diraja Malaysia yang berpangkalan di Labuan.

Katanya menurut pengurus syarikat perkapalan berkenaan, kali terakhir kapten kapal tersebut Haryanto Iskandar dapat dihubungi ialah pada 2 September semasa kapal itu berada di perairan Tanjung Sirik.

Kapal itu berlepas dari Kuching pada 2 September dan dijadual tiba di Limbang pada 5 September.

Ismaili berkata kapal yang dikendalikan seorang kapten beserta 13 orang kru itu dianggarkan bernilai RM1.5 juta dan membawa muatan kargo barangan pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta.

Menurutnya, kapten kapal itu berasal dari Indonesia manakala lima krunya terdiri daripada warga Myanmar, empat warga India, tiga warga tempatan dan seorang warga Indonesia. – BERNAMA

Tags: APMMKapal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd