• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jutawan Berhati Mulia, Ingin Beli Pulau Untuk Pelarian Syria

oleh AK-47
27/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG jutawan Mesir, Naquib Onsi Sawiris mengumumkan keinginannya untuk beli sebuah pulau kosong sama ada di Greece atau Itali bagi bantu ratusan ribu pelarian Syria memulakan kehidupan baharu di sana.

Jutawan firma telekomunikasi tempatan Orascom Telecom Media and Technology Holding itu malah mengumumkan hasrat mulianya tersebut menerusi laman sosial Twitter milik beliau baru-baru ini.

“Greece atau Itali ada jual sebuah pulau kepada saya. Kemudian, saya akan membangunkan pulau tersebut dan memberikan pekerjaan kepada pelarian untuk mereka membina sebuah negara baharu sendiri,” katanya.

Baca: Hartawan Norway Tawar 100 Hotel Untuk 5,000 Pelarian Syria

 

richman

Begitulah tweet yang dilakukan oleh jutawan berusia 61 tahun ini pada 1 September lepas yang mana ia telah menjadi sensasi panas serta mendapat perhatian ramai netizen dari seluruh dunia.

Menerusi temubual bersama agensi berita antarabangsa AFP di Kaherah, Mesir pula, Naquib mengesahkan idea beliau dan beliau dilihat amat serius serta dikatakan mampu untuk melaksanakannya.

“Mereka mempunyai berpuluh-puluh buah pulau yang tidak berpenduduk dan itu sudah cukup untuk boleh menampung ratusan ribu pelarian pencari suaka politik,” jelas bapa kepada empat orang anak tersebut.

Menariknya, pulau yang akan dibeli itu bakal dinamakan bersempena nama seorang kanak-kanak lelaki Syria berusia 3 tahun, Aylan Kurdi yang mati lemas ketika bot yang dinaiki karam di perairan Turki.

Gambar mayat si cilik tersebut susulan kejadian menyayatkan hati itu yang turut mengorbankan ibu dan abang Aylan berusia 5 tahun, telah mencetuskan fenomena luar biasa di seluruh dunia.

Baca: Jenazah Aylan Selamat Disemadi Di Negara Asalnya

pelarian

Menurut Naguib juga, buat sementara waktu rumah perlindungan sementara akan dibina untuk pelarian yang kemudiannya mereka akan diberikan peluang pekerjaan bagi membina rumah, sekolah, universiti dan hospital.

Sekiranya keadaan bergolak kembali pulih di Syria, para pelarian terbabit ujarnya yang memiliki kekayaan bernilai 24.3 bilion pound Mesir (RM13.5 bilion) itu, boleh memilih untuk kembali semula ke tanah air mereka.

Lebih menarik, jutawan yang fasih bertutur bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman ini juga berjanji jika cadangan itu berjaya dilaksanakan, para pelarian akan dilayan sebagai manusia, bukannya pelarian. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

Tags: jutawanKonflikPelarianSyria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Ditahan Bantu Kes Rompak Di Tasek Gelugor

Next Post

Kurang Daripada 24 Jam Rakyat Singapura Akan Mengundi

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

Rakyat Malaysia Di Kursk Dinasihat Berwaspada Di Tengah Konflik Memuncak

Rakyat Malaysia Di Kursk Dinasihat Berwaspada Di Tengah Konflik Memuncak

12/08/2024
0

GLOBAL l Rakyat Malaysia yang berada di wilayah Kursk, Rusia dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti semua arahan serta nasihat...

Next Post

Kurang Daripada 24 Jam Rakyat Singapura Akan Mengundi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd