• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPA Bakal Perkenal Perkhidmatan 1Serve Bermula November Ini

oleh Ahmad Albab
09/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bakal memperkenalkan perkhidmatan 1Serve, yang memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat urusan dengan pelbagai agensi kerajaan, bermula dengan tempoh percubaan November ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata perkhidmatan ini adalah hasil pendekatan oleh Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Kaunter ini bukan sahaja tertumpu kepada pemberian perkhidmatan yang ada di bawah JPA tetapi pendekatan kita lebih daripada itu, seperti pembaharuan lesen, kad pengenalan dan pasport,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Konvensyen Pentadbir 2015 anjuran Universiti Teknologi Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata ini merupakan pendekatan baharu dengan teknologi dan maklumat yang boleh memudahkan pelbagai perkhidmatan, mengguna pakai konsep yang sama seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Mohamad Zabidi berkata menerusi perkhidmatan baharu itu, ia bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan memudahkan masyarakat tetapi sekaligus memperkasa tenaga kerja JPA.

Beliau berkata pihaknya telah mendapat persetujuan daripada lapan agensi yang terlibat dengan perkhidmatan itu, dengan tiga daripadanya mengikuti tempoh percubaan tersebut.

“Kita perlu bagi latihan supaya mereka mahir, latih mereka ini untuk berhadapan dengan masyarakat sebelum kita laksanakanya,” kata beliau.

Bagi tempoh percubaan, perkhidmatan 1Serve akan bermula di ibu pejabat JPA di Putrajaya sebelum diperluaskan di negeri-negeri lain, kata Mohamad Zabidi. – BERNAMA

Tags: JPA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Lelaki Ditemui Lemas Di Gerik

Next Post

Mahkamah: 2 Lelaki Bangladesh Didakwa Kurung Rakan Senegara

Related Posts

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

07/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemak Perintah Am berkaitan cuti bersalin bagi penjawat...

2 NGO Gagal Cabar Penyahwartaan Bukit Cherakah

Lantikan Kontrak Perkhidmatan Awam Bersifat Sementara – JPA

24/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Pengambilan secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam adalah langkah interim (bersifat sementara) ke arah pelaksanaan kaedah baharu lantikan...

Next Post

Mahkamah: 2 Lelaki Bangladesh Didakwa Kurung Rakan Senegara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd