• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan ‘Baju Merah’ Sah Tiada Bau Busuk Air Kencing

oleh
26/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAUH berbeza daripada perhimpunan haram Bersih 4.0, sebaliknya “Himpunan Rakyat Bersatu” mendapat pujian daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menerusi komen terbaharu dalam akaun Twitter miliknya, beliau mengesahkan tiada “bau busuk air kencing” dikesan dalam timbunan sampah-sarap selepas berakhir perhimpunan yang dikenali ‘Baju Merah’ pada Rabu itu.

“Ya, memang ada juga sampah. Tetapi tidak seperti demonstrasi haram Bersih 4.0, kali ini bau busuk air kencing langsung tidak dikesan,” kicau beliau secara ringkas menerusi laman mikro sosial itu pada Khamis.

Namun Abdul Rahman berkata, bil pembersihan seperti biasa akan dihantar kepada pihak penganjur mana-mana perhimpunan awam termasuk “Himpunan Rakyat Bersatu” anjuran Pertubuhan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka).

“Saya baharu sahaja bercakap dengan pihak Alam Flora untuk memberikan saya berapakah kos pembersihan. Mereka sedang memuktamadkan jumlahnya. Bil itu akan dihantar kepada penganjur ‘Baju Merah’,” katanya.

Baca: “Himpunan Rakyat Bersatu” Tarik 200,000 Peserta

Juga: Peserta ‘Baju Merah’ Imarah Masjid, Surau Tunai Solat

Laman Twitter Abdul Rahman dihujani dengan pelbagai pertanyaan daripada netizen sama ada beliau juga akan menyerahkan bil pembersihan kepada penganjur himpunan tersebut sama seperti dilakukan ke atas pihak ‘Bersih’.

Pengguna media sosial tempatan turut melampirkan gambar-gambar menunjukkan sampah yang kononnya dibuang oleh para peserta ‘Baju Merah’ di sekitar ibu negara, semasa dan selepas acara perhimpunan aman itu.

Abdul Rahman berkata, sebagaimana Bersih 4.0 sebelum ini, beliau akan menunggu terlebih dahulu sehingga jumlah kos pembersihan tersebut dikira dan kemudian baharu mengumumkannya kepada pihak penganjurnya.

Baru-baru ini penganjur Bersih 4.0 menerima tamparan hebat apabila menerima bil pembersihan sebanyak RM65,000 susulan kekotoran teruk termasuk kesan air kencing busuk peserta demonstrasi haram berkenaan.

Menurut Abdul Rahman, ia merupakan kos bagi pembersihan di kawasan-kawasan yang digunakan peserta semasa perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos lalu dengan disertai hanya 20,000 orang yang majoritinya Cina.

Bagaimanapun, penganjur ‘Bersih’ berkata, mereka akan mencabar sebarang perintah pembersihan di mahkamah, sambil mengatakan bahawa sekumpulan sukarelawan mengutip sampah sepanjang perhimpunan tanpa permit itu.

Himpunan Baju Merah berlangsung di Padang Merbok pada Rabu disertai lebih 200,000 peserta majoritinya Melayu dan tiada sebarang insiden besar berlaku kecuali kekecohan akibat sabotaj pihak luar di Petaling Street. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

Tags: Baju MerahHimpunan Rakyat Bersatu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perniagaan Di Petaling Street Kembali Seperti Biasa

Next Post

Suhakam Puji Cara PDRM Kawal “Himpunan Rakyat Bersatu”

Related Posts

Jamal Direman 5 Hari Kes Ceroboh Pusat Judi Selangor

04/02/2017
0

AMPANG - Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang ditahan polis langsung di kediamannya di sini semalam...

Isu Pusat Judi Haram: Jamal Hairan Polis Kepung Rumahnya

02/02/2017
0

TERKINI: Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis di rumahnya di Ampang, 3 petang ekoran tindakan kumpulan Gerakan Baju Merah menceroboh masuk...

Next Post

Suhakam Puji Cara PDRM Kawal "Himpunan Rakyat Bersatu"

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd