• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Malaysia Perlu Disambut Secara Harmoni – Dr Subramaniam

oleh Ahmad Albab
16/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Malaysia perlu dilakukan dengan aktiviti yang mencerminkan perpaduan, keamanan dan keharmonian pelbagai kaum, kata Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata kerajaan menetapkan 16 Sept setiap tahun untuk memperingati Hari Malaysia iaitu tarikh penubuhan Malaysia yang menggabungkan negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Dengan penggabungan itu, wujud masyarakat harmoni yang meliputi pelbagai kaum di negara ini termasuk kaum Dusun, Kadazan dan Iban dari Sarawak dan Sabah, katanya semasa merasmikan ‘Malaysia Day Unity Ride 2015’ anjuran Pemuda MIC di sini hari ini.

“Sebab itulah Hari Malaysia perlu diraikan dengan acara-acara yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak,” katanya.

Terdahulu beliau melepaskan konvoi motosikal berkuasa besar yang terdiri daripada kira-kira 30 penunggang yang berlepas dari Brickfields dan berarak di sekitar ibu kota sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Sementara itu di KOTA BAHARU, sambutan diadakan dengan disertai 1,798 peserta yang mewakili 58 kontinjen dari jabatan kerajaan persekutuan dan negeri di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bermula 8.30 pagi dan berakhir kira-kira sejam kemudian dengan turut dihadiri Panglima 8 Briged Infantri, Brig Jen Zarondin Md Amin dan barisan anggota exco kerajaan negeri.

Sambutan diserikan dengan perbarisan Jalur Gemilang dan bendera-bendera negeri oleh anggota pasukan keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diaraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Di LANGKAWI, hujan yang turun sejak pagi tidak menghalang kira-kira 150 orang penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai Konvoi Kembara Sehati Sejiwa.

Program ini dianjurkan Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Program berkonvoi itu turut diserikan dengan acara senam tari yang diadakan di Underwater World, Pantai Chenang serta diikuti dengan persembahan muzik melibatkan penyanyi tempatan dan juga peserta konvoi berkenaan.

Konvoi melalui jalan Pantai Chenang dan Padang Matsirat, menuju ke pekan Kuah sebelum mengakhiri perarakan melalui darat di Jeti Pelancongan Langkawi.

Para peserta konvoi kemudiannya menyambung kembara melalui bot ke Pulau Tuba di mana persembahan mendeklamasi sajak dan artis popular bakal diadakan malam ini. – BERNAMA

 

Tags: Dr S. SubramaniamHari Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

16/09/2025
0

Pertama sekali, tidak ada keperluan untuk Malaysia menjadi seperti kedua negara berkenaan. Di Malaysia, secara umum semua rakyat ada kerja...

Ajal Ketika Cari Kayu Tiang Bendera Untuk Hari Malaysia

Ajal Ketika Cari Kayu Tiang Bendera Untuk Hari Malaysia

05/09/2023
0

KUCHING : Lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari kayu di hutan berdekatan Jalan Airport, Tanjung Manis dalam Bahagian Mukah, semalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd