• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Gesa Wakil Rakyat PAS Letak Jawatan Jika Sertai Parti Lain

oleh Ahmad Albab
19/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi gesaan supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat (Amanah).

Beliau berkata tindakan itu perlu kerana semua calon PAS pada pilihan raya umum lepas telah melafazkan Bai’ah bersumpah, dan mereka akan dilaknati Allah swt jika melanggar Bai’ah itu.

“PAS sebagai parti Islam membuat Bai’ah dengan Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, para pemimpinnya dan calon-calon pilihan raya dengan sumpah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.

“Semasa berBai’ah, kita sebut sebagai calon Parti Islam Semalaysia (PAS) dan tidak disebut PKR atau DAP. Ini diucapkan oleh setiap calon sama ada yang menang atau kalah.

“Parti (PAS) mewajibkan dalam Bai’ah jika dipecat keluar parti, mereka kena letak jawatan sebagai Ahli Parlimen atau ADUN. Ini disebut dalam bai’ah itu,” jelas Abdul Hadi semasa berucap pada program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Pulau Serai dekat sini.

Turut hadir pada program tiga hari itu yang berakhir hari ini, ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pesuruhjaya PAS negeri Satiful Bahri Mamat.

Abdul Hadi berkata gesaannya merujuk kepada tindakan beberapa wakil rakyat PAS yang menyertai Amanah, parti baharu yang diterajui bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Pada sidang media kemudian, Mustafa mengesahkan tiga pemimpin tertinggi PAS telah mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan PKR termasuk presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin bagi membincangkan mengenai tahaluf siyasif dalam pakatan pembangkang.

Dalam pertemuan itu di Ibu Pejabat PKR Kuala Lumpur, PAS diwakili oleh Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan dan Mustafa manakala PKR diwakili beberapa pemimpin tertingginya yang diketuai oleh Wan Azizah.

“Kita masih tahaluf dengan PKR tetapi dengan DAP dan parti baharu (Amanah), kita tak ada tahaluf,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hadi AwangPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1MDB Bidas Tony Pua Berhubung Dakwaan WSJ

Next Post

SPRM Abadikan Nama Mendiang Kevin Morais Pada ‘Moot Court’

Related Posts

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

05/07/2025
0

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS...

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Next Post

SPRM Abadikan Nama Mendiang Kevin Morais Pada 'Moot Court'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd