• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Akan Terus Cabar Enakmen Hudud Kelantan

oleh Ahmad Albab
11/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Gerakan akan terus mencabar Enakmen Hudud Kelantan dengan memberi fokus terhadap permohonannya bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahan undang-udang itu dari segi perlembagaan.

Pengerusi Biro undang-undang Pemuda Gerakan Kebangsaan dan penyelaras Pasukan Undang-undang Gerakan Chai Ko Thing berkata parti itu tidak akan berundur daripada mencabar enakmen hudud PAS, yang menurutnya mengandungi kekeliruan.

“Gerakan komited untuk mempertahankan integriti serta kesucian Perlembagaan Persekutuan dan kami tidak akan teragak-agak atau mengubah haluan kami,” katanya sambil menjelaskan bahawa parti itu akan menggunakan pelbagai opsyen perundangan yang terdapat dalam undang-undang Malaysia.

“Berpandukan nasihat daripada para perunding undang-undang, kami mengambil keputusan untuk tidak akan menarik balik rayuan kami terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu pada 7 Mei tahun ini dan akan menumpukan tenaga kami terhadap permohonan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan pada 8 Mei tahun ini,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan awal oleh Kerajaan Kelantan dan menolak cabaran Gerakan terhadap Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 (Pindaan 2015) atau hudud, yang digubal Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac tahun ini.

“Bagaimanapun, kami mempunyai kebebasan untuk memfailkan saman baharu di Mahkamah Tinggi pada bila-bila masa,” kata Chai.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 17 Sept sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Jabatan Peguam Negara untuk mencelah dalam notis usul Gerakan bagi mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan. – BERNAMA

Tags: Hudud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendekatan Hudud Di Malaysia Berbeza

31/03/2019
0

KUALA LUMPUR – Pendekatan pelaksanaan hudud di Malaysia tidak sama seperti Brunei berdasarkan kandungan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang...

Bukan Wanita Tulen, Sajat ‘Diharamkan’ Jejak Brunei?

26/07/2017
0

TAK habis-habis lagi kontroversi yang melanda personaliti media sosial dan pengasas kosmetik Nur Sajat ini ya; saban hari ada sahaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd