KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Petaling dan ibu negara dijangka mengalami masalah gangguan bekalan air bersih dari 29 September ini hingga 1 Oktober depan.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS), Priscilla Alfred berkata, gangguan bekalan itu disebabkan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air.
“Ia melibatkan kerja-lerja penggantian ‘Inlet Valve’ di Tangki Sedut Bukit Gasing dan ‘By Pass Valve’ ke Rumah Pam Bukit Gasing,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Priscilla berkata, gangguan bekalan air dijangka bermula dari pukul 8 pagi pada 29 September ini hingga pukul 8 pagi pada 1 Oktober 2015.
“Kerja menaik taraf selama 12 jam dan tempoh pemulihan bekalan air di seluruh kawasan dijangka selama 36 jam,” katanya.
Kawasan-kawasan terlibat di Petaling adalah seperti berikut:
Petaling Taman Lian Hoe; Taman Gembira; Taman Pagar Ruyung; Taman Good Wood; Apartmen Tiara Villa; Taman Serangkai; Batu 3 hingga Batu 8 Jalan Klang Lama; Lorong Seputih; Taman Desa; Taman OUG; Taman Evergreen; Taman Shanghai; Taman Skyline; Taman United; Taman Bukit Indah; Taman Halimathon; Taman Continental; Taman Sungai Besi; Taman Kuchai Enterprenuer; Jalan Kuchai Lama; Taman Salak Selatan; Kampung Malaysia; Pekan Sungai Besi; Taman Sri Manja; Taman Desa Ria; Gasing Indah; Gasing Height; Kampung Pasir Baru; Taman Kanagapuram; Seksyen 51; Taman Seri Sentosa; Seksyen 51A; Pantai Dalam; Angkasapuri; Kampung Kerinchi Limau; Kampung Dato Tata; SS9; Seksyen 14; Kampung Baiduri; Taman Tan Yiew Lai; Petaling Bahagia; Jalan Puchong; Bandar Baru Sri Petaling; Seksyen 1 hingga Seksyen 6; Bandar Tasek Selatan; Taman Yarl; Bukit Templer; Taman Salak Selatan; Taman Naga Emas; Jalan SP 1 hingga SP 18; Jalan Perkasa; Jalan 1 hingga Jalan 34; Kampung Baru Salak Selatan; Jalan 1/125 hingga 10/125; Bukit Jalil Golf Resort; Vista Komanwel Kondominium; Bandar Baru Bukit Jalil; Happy Garden; Kuchai Jaya; Kuchai Lama; Taman Sungai Besi; Taman Salak Jaya; Danau Desa; Taman Serangkai; Jalan Nikmat; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Jalan Desa Maju; Jalan Desa Mesra; Taman Gembira; Petaling Garden; Gasing Indah dan Petaling Height.
Kawasan-kawasan terlibat di Kuala Lumpur adalah seperti berikut:
TUDM Sungai Besi; Jalan Lapangan Terbang; Jalan Lapangan Terbang Lama; Jalan Sungai Besi; Jalan Chan Sow Lin; Separuh Kawasan Sungai Besi (Rumah-rumah Kedai berdekatan Pejabat Pos Sungai Besi); Kampung Batu Kong; Jalan Wisma Putra; Jalan Syed Putra; Jalan Belamy; Jalan Bukit Petaling; Jalan Kerayong; Dewan Bahasa dan Pustaka; Wisma Perwira; Gapena; Jalan San Peng; Dataran F&N; Persiaran Syed Putra; Jalan Robson; Taman Seputeh; Taman Bukit Seputeh; Taman Seputeh Height; KL Sentral; Brickfields dan Wisma Putra. - MYNEWSHUB.CC
RTM: Gangguan Bekalan Air 24 Ogos (13 Ogos 2015)

