• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fahami Perlembagaan UMNO Sebelum Bertindak

oleh Ahmad Albab
12/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota UMNO perlu memahami perlembagaan parti sebelum mengambil sebarang tindakan yang boleh memberi kesan kepada parti, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata setiap individu yang menjadi anggota UMNO perlu patuh terhadap etika yang ditetapkan oleh parti.

“Ada beberapa perkara dalam perlembagaan UMNO sebagai contoh, jika mereka menyokong pembangkang, secara automatik mereka terkeluar daripada UMNO atau jika mereka menyaman parti, juga secara automatik terkeluar (daripada UMNO),” katanya selepas melancarkan program gotong-royong ‘Volunteer Malaysia-Kampung Baru’ di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pemecatan anggota UMNO cawangan Kampung Padang Matsirat, Langkawi, Anina Saadudin berkuat kuasa 2 Sept lalu.

Tengku Adnan berkata sebagai setiausaha agung, beliau mempunyai kuasa untuk memecat mana-mana anggota yang melanggar perlembagaan parti tanpa perlu merujuk kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Lembaga Disiplin parti.

“Beliau telah melakukan suatu kesalahan kepada parti dan kita tidak mahu orang seperti ini berada dalam parti … dia seperti anai-anai yang bukan bertindak untuk mengukuhkan, sebaliknya meruntuhkan lagi UMNO,” katanya.

Tengku Adnan menasihatkan anggota parti untuk berbincang dalam semangat kekeluargaan dan secara tertutup sekiranya mempunyai masalah atau kekeliruan berhubung sesuatu perkara.

Sementara itu, mengulas mengenai Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 Sept ini, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata ia hanya boleh diadakan di tempat tertutup dan bukan di jalanan.

Beliau turut mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk tidak mengeluarkan sebarang permit perhimpunan jika ia melibatkan himpunan jalanan khususnya di tempat-tempat utama seperti Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Chow Kit dan Kampung Baru.

Penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu atau perhimpunan baju merah dikatakan akan diadakan pada 16 Sept sebagai tindak balas terhadap perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lepas. – BERNAMA

Tags: Tengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rasuah Tengku Adnan: PH Kecewa Keputusan Peguam Negara

22/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan...

Ku Nan Cuti Sakit, Prosiding Bela Diri Tangguh

20/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd