• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Miliki Bahan Berkaitan IS Didakwa

oleh Ahmad Albab
15/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Juru X-Ray, Ahmad Kamil Ghazali dan pereka dalaman, Azlee Md Salleh didakwa di Mahkamah Majistret Kangar hari ini terhadap pertuduhan memiliki bahan-bahan berkaitan kumpulan pengganas IS, Ogos lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Ahmad Kamil, 24, yang bertugas di Hospital Tuanku Fauziah, di sini dan Azlee, 30, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah.

Ahmad Kamil dituduh memiliki majalah Dabiq isu satu hingga 10 yang berkait dengan kumpulan IS dan kesalahan itu dilakukan di hadapan Kompleks Pentadbiran Taman Kechor di sini pada 7.50 pagi, 19 Ogos lepas.

Azlee pula yang diberkas pada 8.30 pagi, 19 Ogos lalu didakwa memiliki sebuah telefon bimbit mengandungi gambar pengganas IS.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan penerbitan tersebut, jika sabit kesalahan.

Monica menetapkan 30 Sept untuk sebutan semula kes sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif.

Sebelum itu kedua-dua tertuduh dibawa dengan kawalan ketat polis Bukit Aman dan tiba di Kompleks Mahkamah Kangar pada 11.30 pagi. – BERNAMA

Tags: mahkamahMilitan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

IPD Kuala Muda Lupus 585 Set Komputer Diubah Suai Jadi Mesin Judi

Next Post

Hashtag #TerimaKasihIndonesia Trending Di Twitter

Related Posts

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

29/11/2024
0

TAWAU - Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini...

Next Post

Hashtag #TerimaKasihIndonesia Trending Di Twitter

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd