• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dokumentari “A Fractured Nation” Berat Sebelah

oleh Ahmad Albab
27/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyifatkan laporan dokumentari yang disiarkan Channel NewsAsia (CNA) pada Khamis sebagai amat berat sebelah.

Ini memandangkan program disiarkan saluran televisyen milik pemerintah Singapura itu menggambarkan imej buruk Malaysia berdasarkan temubual hanya dengan sumber daripada pihak pembangkang sahaja.

Beliau berkata laporan bertajuk ‘A Fractured Nation‘ itu tidak mencerminkan situasi sebenar di dalam negara, dan stesen itu seharusnya menyiarkan laporan seimbang dengan turut menemubual anggota dalam parti pemerintah.

“Laporan ini jelas berat sebelah sebab hanya mengetengahkan perkara negatif tentang Malaysia, CNA cuma temu bual pembangkang. Ia adalah berat sebelah, tidak adil dan amat dikesali, serta perlu diperbetulkan.”

Salleh berkata demikian dalam kenyataannya kepada Bernama selepas menghadiri majlis pengagihan daging korban bersempena Hari Raya Aidiladha di Batu 7, Kesapang, dekat sini pada Jumaat.

“CNA seharusnya ambil kira pandangan semua pihak memandangkan laporan itu nampaknya menggambarkan bahawa negara kita sedang berdepan banyak masalah sedangkan ia tidak benar sama sekali. Laporan ini jelas menunjukkan bahawa mereka mempunyai pandangan atau niat untuk memudaratkan negara kita,” katanya.

Dalam laporan itu, CNA menyatakan bahawa Hari Malaysia sepatutnya menjadi sambutan untuk memperkukuhkan perpaduan semua rakyat Malaysia, bagaimanapun terdapat pihak tertentu yang didakwa mengambil kesempatan untuk menyemai perselisihan dan perpecahan menerusi demonstrasi berbaur perkauman.

Ketika menyangkal laporan itu, Salleh berkata media asing berazam untuk mencemarkan nama baik Malaysia dengan menyiarkan laporan bersandarkan kepada sumber yang meragukan.

Beliau berpendapat laporan negatif itu dimulakan bukan sahaja oleh orang luar tetapi juga oleh kumpulan tertentu di dalam negara ini.

Salleh berkata majoriti rakyat dan pemimpin negara ini menyatakan sokongan padu mereka kepada perdana menteri, dan menyatakan bahawa “perbuatan seperti itu hanya sia-sia belaka“.

“Isu yang mereka bangkitkan tentang 1MDB dan sumbangan politik RM2.6 bilion sudah dijawab. Perdana Menteri telah menyatakan bahawa akaun 1MDB mesti diaudit dan laporan dihantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Jadi, biarlah PAC menjalankan siasatan.

“Kerajaan turut mempunyai perancangan berhubung program pemulihan 1MDB dan kami percaya dalam tempoh enam bulan, masalah ini akan dapat diselesaikan,” katanya.

Mengenai AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, Salleh berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telahpun memperjelaskan bahawa ia disumbangkan sebagai sumbangan politik.

Beliau berkata setakat ini, belum ada undang-undang di negara ini yang “menghalang sesiapapun daripada menerima wang bagi tujuan politik.”

Dalam kenyataan baru-baru ini, SPRM dipetik sebagai berkata suruhanjaya itu tahu tentang identiti penyumbang yang memasukkan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib. – BERNAMA

https://youtu.be/FszTFRCRWu8

Tags: Salleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Keruak Tenang, Akur Keputusan PRU14

11/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai sesuatu ‘yang...

Berita Palsu: Salleh Bidas Sandiwara Pembangkang

04/02/2018
0

INI fakta…soal penyebaran berita palsu ini bukan hanya merisaukan mereka daripada parti pemerintah tetapi juga mereka daripada parti pembangkang. Lihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd