• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Pemuda PAS Kelantan Gesa Wakil Rakyat Nyatakan Pendirian

oleh Ahmad Albab
10/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini menggesa mana-mana wakil rakyatnya yang dikaitkan dengan penubuhan Parti Amanah Negara (PAN) yang kini dalam proses didaftarkan, menyatakan pendirian masing-masing.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata pendirian mereka wajar diperjelaskan agar pengundi dapat membuat penilaian khususnya pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita juga mahukan Anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar nyatakan pendirian beliau sama ada masih mahu bersama PAS ataupun PAN,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelepasan kembara ‘ASEAN Rides Festival 2015 Zon Timur’ di perkarangan Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Sebanyak 150 buah motosikal berkuasa tinggi yang menyertai kembara berkenaan dilepaskan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad Fadhli mengulas mengenai dakwaan bahawa 10 orang wakil rakyat dari negeri itu dikhabarkan akan menyertai PAN dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai pendirian PAN Kelantan yang mendakwa mereka tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya umum akan datang di negeri itu, Ahmad Fadhli berkata PAS Kelantan akan sentiasa berwaspada.

“Gerak kerja mereka hari ini, mereka turun ke kampung-kampung, beri penerangan, menunjukkan mereka seolah ada niat untuk bertanding. Jadi bagi kita, kita sentiasa berwaspada untuk menghadapi sebarang kemungkinan kalau PAN nak bertanding di Kelantan,” katanya.

Berhubung kerjasama antara PAS dan PAN pada masa akan datang, beliau berkata ia tidak mungkin berlaku kerana dasar kedua-dua parti adalah berbeza.

“Macam mana nak berbaik dengan PAS sebab mereka sendiri serpihan daripada PAS. Mereka seolah-olah menyatakan tidak setuju dengan dasar PAS itu sendiri. Saya kira ini hanya omong kosong daripada PAN,” katanya. – BERNAMA

Tags: PASwakil rakyat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PKR Hentam Sikap Kolot Pemimpin PAS, Tapi Puji PAN!

Next Post

PKR Mahu Kerjasama Dengan PAS, Bimbang Hilang Sokongan Melayu!

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

PKR Mahu Kerjasama Dengan PAS, Bimbang Hilang Sokongan Melayu!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd