• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukit Chagar Lokasi Terminal RTS Di Johor Bahru

oleh Ahmad Albab
11/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bukit Chagar telah diputuskan sebagai lokasi terminal Sistem Transit Rapid (RTS) di Johor Bahru, sesuai dengan lokasinya yang mempunyai pembangunan yang berterusan bagi menghubungkan Johor Bahru dan Singapura.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan itu diambil setelah mendapat persetujuan di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri.

“Kita berharap agar projek RTS antara Johor Bahru dengan Singapura dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana projek ini telahpun direstui oleh kedua-dua buah negara,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis penyempurnaan bumbung baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Hwa 2 di Permas Jaya, di sini hari ini.

Beliau berkata pelan terperinci kini diperhalusi oleh Unit Perancang Ekonomi.

“Saya tiada pelan program buat masa ini tapi kita akan umumkan kelak. Kita sudah persetujui tempat penghubungnya, dan kita akan mantapkan ia secepat mungkin,” kata beliau.

Liow berkata demikian ketika ditanya perkembangan terkini mengenai projek RTS dan bila projek itu dijangka bermula.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan akan mengkaji kemungkinan penggunaan landasan keretapi bagi kegunaan kontena untuk mengangkut kargo dari Pelabuhan Johor ke Pelabuhan Tanjung Pelepas bagi mengurangkan kesesakan di Pasir Gudang.

“Saya rasa sudah tiba masanya landasan keretapi digunakan untuk kurangkan kesesakan lalu lintas. Kita akan mengkaji secara keseluruhan bagaimana kita dapat tingkatkan kecekapan penggunaan landasan keretapi yang sedia ada.

“Selain itu, saya juga dah arahkan agar bukan saja mengkaji untuk kegunaan kontena atau kargo tapi juga untuk kegunaan komuter. Bila kita ada komuter untuk kawasan sekitar, kita boleh galakkan perkhidmatan kenderaan awam,” kata beliau.

Beliau berkata langkah ini diambil untuk memastikan lalu lintas dalam kawasan Johor Bahru dan Pasir Gudang khususnya dalam keadaan terkawal. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

29/08/2018
0

KAJANG - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd