• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buah-Buahan Eksotik Malaysia Semakin Popular Di Norway

oleh Ahmad Albab
26/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Buah-buahan eksotik Malaysia semakin popular di Norway kerana berkualiti baik, kata Atase Pertanian Pejabat Perwakilan Pertanian Malaysia di The Hague, Ahmadul Mokhtar Mohd. Hayani.

Beliau berkata buah-buahan seperti belimbing, manggis, rambutan, betik, cempedak, buah naga dan produk cip buah mendapat sambutan hangat pada kempen promosi di Jesseheim, Norway awal bulan ini.

Kempen itu bertujuan mempromosikan dan mewujudkan kesedaran terhadap buah-buahan tempatan di Norway serta memberi pendedahan secara langsung kepada syarikat Malaysia menembusi pasaran rantau Skandinavia.

“Teruja dengan keunikan buah-buahan dari Malaysia, para pengguna turut beri respons positif dengan mahu lihat lebih banyak buah-buah tersebut dijual di pasaraya COOP Obs! Jesseheim,” katanya kepada Bernama.

Promosi buah tempatan dijalankan dengan kerjasama rangkaian pasar raya itu yang memiliki penguasaan pasaran yang tinggi dilihat mampu memberi peluang syarikat Malaysia memperluas jaringan perniagaan dan akses pasaran.

“Pada masa yang sama, ia juga dapat meningkatkan nilai eksport negara di luar negara serta memperkenalkan keunikan produk Malaysia di mata dunia,” kata Ahmadul Mokhtar.

COOP mempunyai 1,250 buah rangkaian pasar raya, merekodkan jualan tahunan sebanyak RM19.7 bilion (34.3 bilion kroner Norway atau 4.6 bilion euro) dengan penguasaan pasaran sebanyak 33 peratus,

Promosi bermula 4 hingga 5 September lalu merupakan kesinambungan program diadakan di Malmo, Sweden pada April lepas. Ia dianjurkan dengan kerjasama DRS Trading Sdn Bhd, EMA’S A/S (Denmark) dan COOP Obs! Norway. – BERNAMA

Tags: buah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

09/12/2024
0

GEORGETOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Lembaga Pemasaran...

Perbezaan Buah Mata Kucing Dan Longan

14/11/2021
0

Buah mata kucing atau dipanggil buah kelengkeng di Indonesia adalah sejenis buah-buahan tempatan. Buah mata kucing menyerupai buah longan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd