• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Karam: Pihak ‘Memangsakan’ Pati Berdepan Tindakan Keras

oleh Ahmad Albab
04/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUTAN MELINTANG – Pihak yang ‘memangsakan’ pekerja asing dan pendatang tanpa izin (PATI) sehingga menjadi korban dalam tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam, Selangor pada Khamis berdepan tindakan keras, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan akan diambil mengikut Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom) yang memperuntukkan hukuman berat.

“Saya harap mereka tahu bahawa Atipsom dikuatkuasakan beberapa waktu yang lalu. Pihak APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia akan melakukan siasatan bagi memperoleh maklumat berkenaan dan saya ingin memberitahu mereka yang telah ‘memangsakan’ PATI ini bahawa tindakan undang-undang di bawah Atipsom adalah berat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam itu di Jeti Hutan Melintang, di sini Jumaat.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri meminta pihak terbabit menghentikan segera aktiviti menyeludup masuk dan keluar PATI ke negara ini tanpa memikirkan aspek keselamatan.

“Jangan hanya fikir wang ringgit, fikir nyawa manusia … saya minta mereka hentikan semua perancangan mereka ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: bot karamZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd