• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Bina Robot ‘Bumblebee’ Untuk Anak

oleh Ahmad Albab
02/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang bapa di China mungkin layak digelar ‘bapa terbaik’ selepas membina watak robot Bumblebee berdasarkan filem Transformers bersaiz sebenar untuk anak lelakinya.

Robot buatan sendiri itu kini berada di laman rumah dan kelihatan seperti bersedia menembak roket dan melawan kejahatan.

Akhbar People’s Daily Online melaporkan, ia bermula apabila Wang Liansheng, seorang jurukimpal dari kampung Jiangsu, barat China membawa anaknya menonton filem Transformers: Age of Extinction pada Ogos 2014.

Wang membelikan anaknya patung mainan Transformers kecil namun anaknya mahukan robot lebih besar yang tidak mampu dibelinya.

Wang mengambil serius permintaan anaknya dan mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang bukan semua bapa mampu lakukan, membina replika Bumblebee, robot kuning Transformers dengan tangannya sendiri.

Beliau mengumpul barangan buangan kereta daripada kilang tempatan dan pusat kitar semula sebelum memulakan misinya itu yang mengambil masa hampir setahun.
Akhirnya, impian kanak-kanak lelaki yang mahukan watak Transformers bersaiz sebenar menjadi kenyataan.

Robot Bumblebee tiga tan berdiri dengan ketinggian lima meter dan lebar tiga meter. Wang kini membina replika bersaiz sebenar Optimus Prime, satu watak fiksyen utama Transformers.

Beliau merancang untuk menukar hobinya kepada perniagaan. “Robot pertama adalah janji kepada anak lelaki saya, robot seterusnya untuk kerjaya saya.

Saya bercadang untuk membuka syarikat sendiri dengan tujuh ke lapan pekerja,” katanya dalam temubual kepada akhbar. – AGENSI

Tags: robot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Robot Catur Patahkan Jari Budak 7 Tahun

Robot Catur Patahkan Jari Budak 7 Tahun

26/07/2022
0

MOSCOW – Sebuah robot pemain catur mematahkan jari lawannya iaitu seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dalam satu kejohanan di Moscow,...

10 Buah Robot Lakukan Kerja Sanitasi Di Makkah

08/06/2021
0

SEBANYAK 10 buah robot kini digunakan bagi kerja-kerja sanitasi di Masjidil Haram, Makkah. Mereka dilengkapi dengan program khas bagi menganalisis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd