• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Balasan Baik Untuk Insan Yang Bersifat Jujur

oleh AK-47
27/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH kisah yang asalnya dikongsikan oleh saudara Rahman Arifin menerusi pautan gambar di Facebooknya amat menarik perhatian kami.

Ceritanya begini, baru-baru ini kereta yang dipandu beliau sewaktu hendak mengundur secara tidak sengaja telah terlanggar bumper kereta Perodua Myvi warna putih seperti mana gambar yang dikongsikan.

Disebabkan nilai jujur dan tanggungjawabnya, beliau telah menunggu pemilik kereta terbabit untuk memberikan penjelasan, namun setelah beberapa ketika, pemilik kereta tersebut masih tidak muncul.

Maka beliau meletakkan nombor telefonnya di wiper cermin depan kereta berkenaan agar pemilik dapat menghubunginya bagi urusan ganti rugi.

Keesokkannya, apa yang berlaku selepas pemilik kereta berkenaan ketika menghubunginya pasti membuatkan anda berasa terharu.

Jom ikuti kisah selanjutnya.

myvi

“Dua minggu lepas, hari khamis, saya undur kereta dengan cuai dan terhantuk Myvi warna putih, kemek bumper depan dan grill.

“Tunggu lebih kurang 15 minit, tak nampak sesiapa datang. Saya pun tulis satu nota ringkas, selit kat wiper.

“Hari Sabtu Encik Myvi Putih telefon. Dia tinggal di area Jinjang. Saya mintak maaf kerana rosakkan kereta dia. Takpa, encik repair kereta tu, saya bayar kos.

“Hari Rabu Encik Myvi Putih talipon lagi. Kereta dah repair, sikit je, kena 150. Saya kata ok, saya bayar, kita jumpa atau saya bank-in.

“Encik Myvi Putih kata, macam ni, dari 150 tu, encik masukkan 50 dalam tabung surau atau masjid atau sedekah sama orang susah. Baki 100 tu, saya halalkan dunia akhirat.

“Didoakan agar Allah sentiasa jaga, berkati dan rahmati Encik Myvi Putih dan keluarga beliau, dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat, sentiasa dipermudah segala urusan.”

Sungguh mulia hati pemilik kereta berkenaan, apapun sifat jujur yang ditunjukkan oleh saudara Rahman juga patut dipuji. Itulah dikatakan perbuatan yang baik pasti dibalas dengan kebaikan. -MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

Tags: nilai murni
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mula Didik Nilai-Nilai Murni Sedari Tadika Lagi

07/11/2018
0

TOKYO – Didikan nilai-nilai moral yang baik perlu diberi perhatian di peringkat sekolah sedari tadika hinggalah universiti, kata Perdana Menteri...

Pemuda Kongsi Pengalaman Dibantu Shuib Sepahtu

23/10/2017
0

BUKAN sahaja bersikap romantik dan penyayang kepada isteri dan anak-anak, malah pelawak terkenal, Shuib Sepahtu juga seorang yang gemar membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd