• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Baju Merah’ Tolak Agenda Jahat Himpunan Bersih 4.0

oleh Ahmad Albab
19/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Himpunan ‘Baju Merah’ pada Rabu menolak sekeras-kerasnya penganjuran perhimpunan haram Bersih 4.0 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Penganjur utama, Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka, maka semua rakyat perlu menghormati prinsip Rukun Negara.

Bagaimanapun beliau yang juga Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) berkata, penganjuran himpunan Bersih 4.0. tidak mencerminkan penghormatan terhadap rukun itu.

“Tetapi semua ini telah dinodai oleh gerakan yang konon dinamakan Bersih. Bukan satu kali, tetapi mereka mengulangi yang kedua dan ketiga. Ini bagi keempat, kita tak boleh tahan lagi.

“Mereka hina Rukun Negara, mereka hina perlembagaan negara. Ini semua dilarang oleh semua agama. Kita bantah Bersih 1, 2, 3 dan 4. Mereka hina pemimpin kita, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“PM untuk semua bangsa, agama dan seluruh rakyat Malaysia. Beliau dipilih secara demokrasi menerusi peti undi. Kita tolak Bersih sekeras-kerasnya,” katanya berucap di hadapan ribuan peserta di Padang Merbok di sini, Rabu.

Mohd. Ali merujuk kepada perlakuan biadap peserta Bersih 4.0 yang bertindak kurang ajar memijak gambar Najib termasuk gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Bersih 4.0 yang mengadakan perhimpunan baru-baru ini memang untuk menggulingkan kerajaan menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

“Bolehkah kita lakukan sedemikian? Tidak boleh kerana negara kita demokrasi. Mesti mengikut undang-undang dan pilih kerajaan menerusi peti undi.

“Tengoklah apa yang berlaku di Iraq, Yaman dan sekarang Syria, rakyatnya lari bertaburan ke Eropah, sanggup bertarung nyawa di tengah laut. Adakah kita sanggup ia berlaku di Malaysia?” soalnya.

Beliau kemudian menyeru semua peserta ‘Baju Merah’ dan rakyat Malaysia ‘bangkit’ untuk memelihara kestabilan negara kita.

Mengenai himpunan pada Rabu itu, Mohd. Ali berkata, ia diadakan secara aman bagi menyeru perpaduan dalam kalangan orang Melayu.

“Hari ini kita berhimpun secara aman bagi menunjukkan solidariti terhadap keamanan negara. Kita hidup dengan aman, makmur dan selamat. Negara yang bebas dan merdeka,” katanya. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=ebl5O86wNJg

https://www.youtube.com/watch?v=4SMj_eAj3n8

Tags: Bersih 4.0Himpunan Rakyat Bersatu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tahan Lelaki Dipercayai Terlibat Kes Rogol & Samun

Next Post

Video: Lihat Reaksi Mat Salleh Makan Buah Durian Pertama Kali

Related Posts

Arahan Menteri Haram Kemeja-T Bersih Tak Munasabah

29/08/2016
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan kemeja-T kuning Bersih...

Bersih 4.0: 19 Februari Untuk Keputusan Semakan Kehakiman

02/02/2016
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Februari ini untuk keputusan permohonan semakan kehakiman yang difailkan...

Next Post

Video: Lihat Reaksi Mat Salleh Makan Buah Durian Pertama Kali

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd