• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bacaan IPU Seakan Memberi Gambaran Palsu Masalah Jerebu

oleh AK-47
05/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM artikel ini ditulis, kami ada memaparkan nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini yang diambil infonya terus dari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Jika anda melihat bacaan indeks yang dinyatakan, anda pasti akan tertanya-tanya sama ada mata anda cuba menipu, atau pihak JAS yang cuba berbuat demikian.

Apa yang menimbulkan persoalan kami ialah bacaan yang dinyatakan seakan tidak tepat di mana pada waktu tengahari tadi, bacaan IPU bagi Cheras, Kuala Lumpur adalah 78, iaitu kadar pencemaran yang sederhana.

Namun jika dilihat keadaan di luar, kenyataan ‘sederhana’ seperti yang dinyatakan oleh bacaan IPU adalah langsung tidak bertepatan dengan gambaran sebenar tahap udara di Cheras.

Terutamanya di Bandar Sri Permaisuri, seluruh latar langit di sini seakan terdapat kabus yang tebal.

Anda mungkin bertanya, mengapa wujudnya perbezaan itu?

Jawapannya mungkin kaedah pengukuran bahan pencemaran habuk kecil (PM10) yang boleh dikatakan tidak tepat.

Di Malaysia, PM10 pada lazimnya merupakan bahan utama dan adalah tertinggi nilai isipadunya berbanding bahan lain yang terdiri daripada Sulfur Dioksida (SO2) , Nitrogen Dioksida (NO2) , Ozon (O3), dan Karbon Monoksida (CO).

Berbeza dengan Indonesia, kadar kepekatan PM10 adalah jauh lebih sedikit di mana pernah dilaporkan hanya 10% sahaja dan selebihnya adalah PM2.5.

PM2.5 ini merupakan pecahan yang lebih kecil daripada PM10, yang mana membawa maksud jika PM10 merujuk kepada zarah halus dibawah 10 mikrometer, maka PM2.5 ini adalah dibawah 2.5 mikrometer.

Ini bermakna PM2.5 adalah sangat berbahaya jika ianya disedut secara terus oleh manusia.

pm
Grafik tafsiran piawaian kualiti udara.

JAS sepatutnya menyemak semula garis panduan kualiti udara bagi memastikan piawai PM2.5 diambil kira sewaktu melakukkan proses cerapan udara.

Menurut sumber juga, pihak JAS pada ketika hanya memiliki beberapa stesen sahaja yang mampu memantau PM2.5.

Ini disebabkan oleh ‘pihak atasan’ yang  masih ingin mengekalkan sistem pengukuran PM10 atas alasan ‘standard Amerika Syarikat’.

Pihak kerajaan seharusnya ‘peka’ dengan punca jerebu yang datangnya daripada negara jiran Indonesia, yang mana kadar PM2.5 adalah terlalu tinggi dan amat berbahaya.

Naik taraflah sistem yang digunakan sekarang… agar rakyat Malaysia terus bernafas di dalam udara yang lebih selamat. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Tags: bencanaJerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Ais Mencair, Dunia Berdepan Bencana ‘Dahsyat’

Ais Mencair, Dunia Berdepan Bencana ‘Dahsyat’

26/11/2023
0

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran penduduk global bakal berdepan bencana ‘dahsyat’ akibat daripada lapisan ais yang mencair di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd