• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apple iPhone 6S Dan iPhone 6S Plus Diperkenalkan, Wow!

oleh AK-47
10/09/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI yang dijangkakan, Apple secara rasminya mengumumkan peranti baru dibawah tiket jualan paling laris mereka, tidak lain dan tidak bukan sudah pastinya iPhone 6S dan iPhone 6S Plus.

Melalui sebuah acara di San Francissco semalam, pihak Apple turut mengumumkan produk baru yang lain termasuklah iPad Pro, Apple Pencil dan juga Apple TV.

iPhone 6S masih menyerupai iPhone 6 sebelum ini, di mana iPhone 6S menggunakan skrin bersaiz 4.7 inci, sementara iPhone 6S Plus pula menggunakan skrin bersaiz 5.5 inci.

Apple mengatakan kini ia menggunakan logam yang lebih kukuh, bersama-sama dengan skrin yang lebih kuat.

Menjadi fokus utama pada telefon pintar baru daripada Apple ini adalah sokongan force-touch yang dipanggil oleh pihak Apple sebagai 3D Touch. Menggunakan 3D Touch ini, pengguna boleh mengakses beberapa perkara dengan lebih pantas, terutamanya tugasan harian mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=FXv2UA7_yp4

Melalui 3D Touch, pengguna boleh tekan pada skrin pada sesuatu ikon, dan ia akan memaparkan beberapa menu akses pantas.

Disamping pada ikon, pengguna juga boleh membuka aplikasi seperti emel, dan menggunakan 3D Touch untuk melihat mesej dalam bentuk pop-up tanpa membuka mesej berkenaan.

Di mana ia juga adalah sebagai alternatif kepada butang home, kini anda tidak perlu lagi menggunakan pelbagai shorcut yang sering digunakan pengguna iPhone.

Disamping itu, penggunaan 3D Touch ini juga diintegrasikan dengan sokongan kamera, membolehkan pengguna merakamkan Live Photos, dan melihatnya pada galeri.

Melalui Live Photos, sebuah pilihan baru hadir, membolehkan anda merakamkan gambar dengan tambahan beberapa saat dalam bentuk video dan boleh menontonnya dengan menekan pada gambar berkenaan.

Bercakap mengenai kamera, kini iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus membawakan kamera belakang 12-megapixel iSight, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Bagi rakaman selfie pula, Apple kini menggunakan skrin pada iPhone 6S dan iPhone 6S Plus untuk memaparkan cahaya flash ketika merakamkan gambar selfie, sekaligus mengelakkan rakaman selfie anda menjadi gelap ketika keadaan malap.

Screenshot-238

Screenshot-242

Screenshot-243

Screenshot-244

Resolusi terbaru yang dioptimasi daripada kamera 12-megapixel ini juga membolehkan rakaman video setinggi 4k dapat dilakukkan oleh iPhone 6s.

Kedua-dua iphone 6s dan 6s Plus hadir dengan iOS9 secara terbina dan sokongan Siri kene disertakan sokongan Hey Siri sepanjang masa, tidak lagi terhad ketika ia dihubungkan dengan kabel Lightning sahaja.

Dari segi kemaskini lain, Apple kini menyertakan cip pemprosesan A9 pada telefon pintar ini – yang mana kini turut mengintegrasikan cip M9 terus padanya. Pengimbas cap jari turut ditambah baik kepada Touch ID generasi kedua yang dikatakan menawarkan sokongan imbasan cap jari yang lebih pantas.

Telefon pintar Apple ini akan ditawarkan dalam empat pilihan warna, termasuk pilihan warna baru dinamakan Rose Gold.

Harga jualan iPhone 6S dan Iphone 6S Plus akan sama seperti iPhone 6 sebelum ini dan ia akan dijual bermula 25 Septermber secara berperingkat di beberapa buah negara.

Singapura akan menjadi negara terawal yang menerimanya dan Malaysia masih lagi tiada berita mengenai penawarannya buat masa ini. Sama-samalah kita tunggu! – MYNEWSHUB.CC

apple-iphone-6s-live-_2097.0

Screenshot-236

Screenshot-250

Screenshot-253

Tags: appleceo apple
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tahan Lelaki Tikam Rakan Dalam Pertengkaran

Next Post

Kapal Sah Lian Belum Dapat Dikesan – APMM

Related Posts

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

28/10/2024
0

JAKARTA: Indonesia melarang Apple Inc daripada menjual peranti iPhone 16 terbarunya di negara terbesar di Asia Tenggara itu, dengan alasan...

Russia Dakwa Risikan AS Guna Telefon Apple

Russia Dakwa Risikan AS Guna Telefon Apple

01/06/2023
0

MOSCOW: Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) mendedahkan operasi perisikan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) menggunakan telefon pintar Apple. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Kapal Sah Lian Belum Dapat Dikesan - APMM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd