• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Sarawak Gerak Aset Kesan Kapal Hilang

oleh Ahmad Albab
11/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Semua aset laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak telah digerakkan sejak Isnin lepas bagi mengesan sebuah kapal kargo yang dipercayai hilang semasa dalam perjalanan dari pelabuhan di sini ke Limbang, Sabtu lalu.

Pegawai Perhubungan Awam APMM Wilayah Sarawak, Leftenan Madya Maritim Muhammad Hainizam Mohd Jamil berkata kehilangan itu hanya disedari pemilik kapal pada hari Isnin apabila beliau mendapati ia tidak sampai ke destinasinya mengikut jadual.

“Pemilik kapal yang berpejabat di Bintawa, dekat sini, kemudiannya membuat laporan polis, dan datang sendiri ke Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) (ibupejabat APMM di sini) untuk melaporkan kehilangan kapal yang membawa muatan barangan am itu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata sebaik menerima laporan, semua aset APMM di tiga daerah maritim iaitu Kuching, Bintulu dan Miri telah digerakkan untuk membantu mengesan kapal berkenaan.

Muhammad Hainizam berkata Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Ismaili Bujang Pit akan mengadakan satu sidang media petang esok di KOMTAS. – BERNAMA

Tags: APMMKapal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd