• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid Nafi Rasis Dan Anti Masyarakat Cina

oleh Ahmad Albab
28/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya beliau bersifat perkauman dan anti masyarakat Cina seperti yang disebarkan di media sosial.

“Mana ada saya ‘racist‘ (bersifat perkauman), kita sama-sama adalah rakyat Malaysia. Kita perlu bersatu sebagai rakyat Malaysia,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan ringkas pada sambutan Festival Kek Bulan Majlis Bandaraya Kuching Selatan serta Persekutuan Persatuan Cina Kuching dan Samarahan di Taman Sahabat Kuching di sini, malam Jumaat.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO meminta rakyat supaya tidak mempercayai tuduhan palsu pihak tertentu yang berniat jahat terhadap dirinya.

Dalam pada itu, beliau meminta masyarakat Cina supaya terus memberi sokongan utuh kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Mengenai festival berkenaan, Ahmad Zahid berkata, beliau gembira melihat ramai penduduk bukan Cina yang menghadiri festival kuih bulan itu walaupun pesta berkenaan adalah kebudayaan masyarakat Cina. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd