• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Maslan Konvoi Bersama Peserta Himpunan ‘Baju Merah’

oleh Ahmad Albab
17/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Himpunan Rakyat Bersatu atau perhimpunan ‘Baju Merah’ yang berlangsung pada Rabu turut menyaksikan Datuk Ahmad Maslan ‘turun padang’ bersama peserta program yang diadakan di sekitar ibu negara.

Acara perhimpunan tersebut masing-masing dikendalikan Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu.

Ahmad berkata, kehadirannya pada perhimpunan itu atas kapasiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Alumni Kelab Umno Luar Negara.

“Saya hadir mewakili NGO. Saya terlibat dalam perhimpunan ini kerana ia dibenarkan polis, kalau tak lulus saya pasti tak hadir.

“Memang saya ada dua lagi ‘topi’ iaitu Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri Miti, tapi saya hadir atas nama NGO,” katanya kepada pemberita selepas bertemu peserta himpunan di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay di sini.

Kehadiran beliau berkonvoi menaiki motosikal melibatkan 34 motosikal itu menarik perhatian ramai.

Beliau meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk bersalam dan bertemu orang ramai termasuklah bergambar bersama peserta himpunan.

Katanya, terdahulu, beliau singgah di Masjid Wilayah Persekutuan dan memaklumkan terdapat ratusan bas di sana serta ribuan peserta perhimpunan.

“Selepas ini saya akan ke Masjid Negara, PWTC dan Padang Merbok.

“Saya tak akan mengikuti program sehingga petang kerana perlu ke Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 3 petang ini untuk sambutan Hari Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu beliau menasihatkan semua peserta supaya tidak mencetuskan provokasi dan berhimpun secara aman.

“Saya membawa mesej keamanan. Saya cintakan keamanan dan peraturan, jadi saya harap tak berlaku perkara memudaratkan,” katanya. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=88G7xdwgDzE&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=4SMj_eAj3n8

Tags: Ahmad MaslanHimpunan Rakyat Bersatu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Yakin Wakil Rakyatnya Di Kelantan Tidak Sertai PAN

Next Post

Mangsa Kren Tumbang Di Makkah Dapat Pampasan RM1.1 Juta

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

05/10/2023
0

BENTONG : Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan yang terbabit dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Next Post

Mangsa Kren Tumbang Di Makkah Dapat Pampasan RM1.1 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd