• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adun Selangor Minta Pihak Berkuasa Segera Siasat DEIG

oleh Ahmad Albab
01/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor mahu pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang menimbulkan keraguan pelbagai pihak.

Setiausaha ADUN BN Selangor Budiman Mohd Zohdi berkata sekiranya terbukti wujudnya pelanggaran dan ketidakpatuhan dalam kod dan etika, peraturan ataupun enakmen melibatkan DEIG, tindakan undang-undang harus diambil terhadap Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

“Kami ADUN BN Selangor mendesak pihak-pihak berkaitan seperti Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Selangor, SPRM, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan dengan kadar segera (mengenai DEIG).

“Ini kerana rakyat masih keliru dan bimbang kerana tiada langsung jawapan munasabah yang diberikan Mohamed Azmin mengenai DEIG,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini, Mohamed Azmin berkata DEIG, yang ditubuhkan bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.

Beliau berkata entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI itu ditubuhkan untuk mengurangkan impak dan risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri.

“MBI pula akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan rakyat Selangor dan tanggungjawab sosial korporat,” katanya.

Mohamed Azmin bagaimanapun berkata DEIG, yang ditubuhkan pada Disember 2014, masih belum memulakan operasi malah tidak terlibat dengan mana-mana transaksi sehinggalah pada awal 2016.

Dalam pada itu, Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang meminta Lembaga Zakat Selangor menyiasat mengenai laporan polis yang dibuat mengenai isu pengagihan wang zakat bernilai RM5 juta yang didakwa melibatkan DEIG.

“Persoalan yang timbul adakah DEIG yang MB kononnya menyebut masih belum memulakan perniagaan dan operasi, wajib mengeluarkan zakat? soalnya. – BERNAMA

Tags: DEIG
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terserah Pada Polis Untuk Ambil Tindakan Terhadap Tun M

Next Post

PRU Singapura 2015 Sengit Bagi Kesemua 89 Kerusi

Related Posts

DEIG: Kertas Siasatan Dibuka Jika Ada Maklumat Baharu

27/08/2017
0

JELEBU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan berhubung status penubuhan Darul Ehsan Investment (DEIG) sekiranya menerima...

Tiada Halangan Sekiranya SELCAT Mahu Siasat DEIG

07/11/2015
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini berkata tiada halangan sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,...

Next Post

PRU Singapura 2015 Sengit Bagi Kesemua 89 Kerusi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd