• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

34 Kawasan Masih Catat Bacaan IPU Tidak Sihat Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
15/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan jerebu di seluruh negara setakat 9 pagi ini tidak menunjukkan perubahan walaupun terdapat beberapa daripada 34 kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat malam tadi, tahap pencemarannya sedikit menurun pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Banting, Selangor yang mencatatkan bacaan tahap bahaya iaitu 207 pada 11 malam tadi menunjukkan penurunan kepada tahap tidak sihat iaitu 177.

Selain Banting, Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh mencatatkan bacaan IPU 189, diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur (183) Jalan Tasek, Ipoh (183), Balok Baru, Kuantan (180), Nilai (179), Kemaman,(176) dan Seremban (171).

Kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Putrajaya (169), Pelabuhan Kelang (168), Bukit Rambai (165), Seri Manjung (165), Jerantut (162), Port Dickson (160), Seberang Jaya 2, Perai (157), Shah Alam (155), Bandaraya Melaka (153), Cheras (153) dan Indera Mahkota, Kuantan (153).

Selain itu, di Petaling Jaya mencatatkan bacaan IPU 151, Sri Aman (151), Kampung Air Putih, Taiping (145), Sarikei (136), Perai (131), Muar (130), Universiti Sains Malaysia (127), Bakar Arang, Sungai Petani (123), Sibu (117), Samarahan (115), Paka (115), Kuala Selangor (113), Kuching (109), Pasir Gudang (104) dan Larkin Lama (102).

IPU antara 0 dan 50 dikategori baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat, 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat dan 300 ke atas adalah berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Ekoran bacaan IPU yang masih menghampiri 200, Kementerian Pendidikan mengumumkan penutupan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka pada hari ini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum ini berkata sekolah hanya akan ditutup apabila IPU mencecah 200.

Katanya penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar. – BERNAMA

Tags: IPUJerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd