• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Akta Dipinda Selesaikan Konflik Mahkamah Syariah Dgn Sivil

oleh Ahmad Albab
05/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Peguam Negara akan meminda tiga akta bagi menyelesaikan konflik bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

“Isu yang berbangkit daripada konflik bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil apabila seorang daripada pasangan menukar agamanya, dijangka dapat diselesaikan apabila pindaan secara pakej dilakukan kepada tiga akta.

“Sebagai contoh usaha kerajaan menangani isu-isu sensitif termasuk penukaran agama yang dalam hal ini cadangan pindaan secara pakej kepada tiga akta iaitu Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164], Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] sedang dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Seminar Kelestarian Keselamatan Negara dengan tema ‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’, di sini hari ini.

Seramai 350 penjawat awam persekutuan dan negeri hadir pada seminar anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) secara kolaboratif bersama Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Nancy berkata kerajaan sentiasa menambah baik dan memperkenalkan undang-undang baharu di negara ini agar kestabilan dan perpaduan dalam kalangan rakyat terus dipelihara.

“Dalam cadangan pindaan tersebut, sekiranya pasangan bukan Islam memeluk agama Islam, dia hendaklah menyelesaikan segala obligasi dan liabilitinya di bawah undang-undang yang mengawal perkahwinan sivilnya dahulu, iaitu Akta 164, iaitu seperti pembubaran perkahwinan, pemberian nafkah kepada bekas isteri dan anak, hak jagaan anak dan pembahagian aset perkahwinan,” katanya. – BERNAMA

Tags: mahkamahNancy Shukri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd