Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Haris: Malaysia Perlukan Kebenaran

Bagi aktivis Haris Ibrahim, penggulingan kerajaan Umno/BN pada Mei 2018 memenuhi cita-cita seumur...

Rayuan Ke IPTA/Politeknik Premier...

PUTRAJAYA - Keputusan rayuan permohonanan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Politeknik Premier...

Bajet 2022: Inisiatif Jaminkerja...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun hadapan di...

Sumbangan UMNO Untuk Islam...

BESUT - UMNO adalah parti yang paling banyak menyumbang dalam membangunkan agama Islam...

Fizo Omar Ikon SSM-ONE Contoh Usahawan Online

ARTIS terkenal tanah air, Fizo Omar disahkan bakal muncul untuk menggegarkan karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) anjuran pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2 dan 3 Oktober ini.

Acara tersebut yang turut dikenali sebagai SSM-ONE bakal diadakan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang di Johor Bahru dan menjadi platform terbaik untuk usahawan atas talian tempatan khasnya dari Johor.

Perkara berkenaan diakui oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner dalam temuramah eksklusif Mynewshub di pejabatnya di Menara SSM @Sentral di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Fizo Omar dipilih SSM kerana dia bukan sahaja aktif dalam perniagaan atas talian, malah terkenal dan boleh menjadi ikon contoh bidang keusahawanan di negara kita khasnya dalam kalangan remaja,” jelas beliau.

Penampilan pelakon kacak kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang berusia 30 tahun itu adalah julung kali menerusi SSM-ONE, sekali gus bakal menjadi tarikan unik untuk masyarakat tempatan memeriahkan karnival tersebut.

Johor menjadi negeri pertama karnival berkenaan di luar Lembah Klang selepas berjaya dilancarkan pada 4 dan 5 Jun lalu di The Curve, Damansara, Selangor yang turut mendapat sambutan hangat ramai usahawan muda.

ssm-one-jb

Baca: Kesedaran Usahawan Online Daftar Bisnes Makin Baik – CEO SSM

Juga: Johor Pertama Siri Jelajah SSM-ONE Buat Usahawan Online

Lagi: SSM-ONE Berjaya! – Platform Terbaik Buat Peniaga Online

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd. Wahab Fenner
Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd. Wahab Fenner

Selain itu, Mynewshub difahamkan Johor dipilih sebagai perintis SSM-ONE selain memperkenalkan selebriti menjadi ikon kerana kebetulan ramai usahawan online dikesan bergiat aktif di negeri tersebut selama ini.


Manakala pemilihan Fizo Omar atau nama penuhnya, Wan Hafizol Wan Omar dirancang sebagai strategi terbaik untuk memupuk kesedaran peniaga atas talian tampil mendaftarkan bisnes mereka dengan pihak SSM.

“Masih ramai usahawan online tidak daftar dengan SSM kerana fikir tidak perlu, walhal mengikut peraturan di negara kita ia adalah wajib dan karnival SSM-ONE dibuat untuk mempromosikan perkara ini,” jelas Zahrah.

SSM-ONE juga mengandungi sesi Table Talk beberapa agensi kerajaan antaranya Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Ia turut mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana sebahagian besar peniaga dalam talian di Malaysia adalah golongan Hawa yang menjadikan kerjaya itu sebagai punca rezeki.

SSM-ONE juga memberi penerangan kepada usahawan online tentang kepentingan mendaftarkan perniagaan, menggalakkan orang ramai menceburi bidang keusahawanan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Kepada semua peniaga dalam talian di Johor, ayuh bersama-sama memeriahkan SSM-ONE yang bakal diadakan, selain merebut pelbagai peluang menarik disediakan sepanjang kempen jerayawara itu. – Mynewshub.cc/HAA

https://www.youtube.com/watch?v=5yfT05Yzj0Q

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori