• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Mengaku Bersalah Cuba Beri Sokongan Kepada IS

oleh Ahmad Albab
04/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan cuba memberi sokongan kepada kumpulan militan Negara Islam (IS).

Mohd Syafrien Rasid, seorang arkitek dan Mohamad Yusoffe Ishak, seorang jurutera, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Kamardin Hashim.

Kedua-dua tertuduh, masing-masing berusia 27 tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke Istanbul, Turki dalam percubaan untuk memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria melalui Istanbul bagi manfaat kumpulan itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kaunter Imigresen, Balai Perlepasan Antarabangsa, KLIA, Sepang pada 8.55 pagi, 25 Sept tahun lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon kes itu ditangguhkan sehingga 9 Sept untuk jatuh hukum bagi membolehkan pihaknya menyediakan fakta kes selain memberi masa kepada pembelaan menyediakan rayuan bagi meringankan hukuman terhadap anak guam mereka.

Permohonan pihak pendakwaan itu tidak dibantah peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan Nasrul Hadi bertindak bagi pihak Mohamad Yusoffe serta peguam Nor Rabiatul Bahari mewakili Mohd Syafrien.

Mahkamah menetapkan 9 Sept untuk mendengar fakta kes dan rayuan sebelum menjatuhi hukuman. – BERNAMA

Tags: ISmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd