• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beradik Lemas Ketika Berkelah Bersama Keluarga Di Tg Bidara

oleh Ahmad Albab
12/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Dua beradik lemas manakala seorang lagi terselamat ketika sedang mandi semasa berkelah bersama keluarga di Pantai Tanjung Bidara di sini, hari ini.

Timbalan Penguasa Bomba Bahagian Operasi negeri Kamarulzaman Mohd Din berkata mangsa pertama, Syed Alishah Syed Islam, 16, ditemui anggota Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) dan orang awam kira-kira 30 meter dari pesisir pantai kira-kira pukul 3.25 petang.

Beliau berkata mangsa kedua iaitu abang mangsa Syed Muhammad Shah, 19, ditemui di tempat sama kira-kira 3.5 meter dari permukaan laut kira-kira pukul 6.40 petang.

“Adik mangsa yang juga bernama Syed Muhammad Shah berusia 14 tahun bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri daripada lemas ketika berenang kira-kira pukul 3.12 petang dengan bantuan orang awam dan JPAM ,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa terjun ke dalam laut untuk berenang ketika air pasang.

Katanya operasi menyelamat melibatkan 29 anggota bomba dari lima balai dengan bantuan agensi penguatkuasa termasuk Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, JPAM dan polis.

Sementara itu, Syed Muhammad Shah yang terselamat dalam tragedi itu berkata sebelum kejadian dia sedang mandi bersama dua abangnya tidak jauh dari tempat keluarganya berkelah sebelum abangnya, Syed Alishah terkapai-kapai.

“Saya nampak abang terkapai-kapai…saya hendak ke sana untuk membantu tetapi air pasang dan tidak berani ke sana, ” kata anak kelapan daripada 10 beradik itu kepada pemberita.

Beliau berkata mereka sekeluarga dari Kem Kementah Kuala Lumpur tiba di Tanjung Bidara kira-kira pukul 9 pagi tadi untuk berkelah sebelum pulang ke kampung mereka di Alor Gajah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Muhamad Ismail Muhamad Yusuf berkata mayat kedua-dua mangsa yang ditemui lemas dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd