• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

17 Kawasan Catat IPU Tak Sihat Setakat 3 Petang

oleh Ahmad Albab
12/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 17 kawasan di beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 3 petang ini.

Selain Sarawak, situasi itu melibatkan lokasi di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar.

Bagaimanapun, Batu Muda yang merekodkan bacaan IPU bacaan paling tinggi iaitu 162 pada 9 pagi tadi, telah turun kepada 148 pada 3 petang ini.

Pelabuhan Klang merekodkan bacaan paling tinggi iaitu 153, diikuti Batu Muda (148), Shah Alam (144), Kuala Selangor (143), Petaling Jaya (135), Samarahan(129), Cheras (125), Banting (123), Putrajaya (122), Jerantut (120), Nilai (120), Seremban (118), Kuching (115), Seri Manjung di Perak (114) dan Sri Aman di Sarawak (111).

Sementara itu, dua kawasan di Ipoh, iaitu SK Jalan Pegoh dan Jalan Tasek yang mencatatkan bacaan sederhana pada pukul 9 pagi, masing-masing kini mencatat bacaan tidak sihat iaitu 107 dan 101.

Tiga kawasan yang mencatat IPU tidak sihat pada 9 pagi tadi telah pulih kepada paras sederhana iaitu Bukit Rambai, Melaka (92), Port Dickson (88) dan Bandaraya Melaka (87).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

Tags: IPU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

Jerebu: IPU Di ILP Miri Catat Bacaan Berbahaya

22/08/2019
0

MIRI - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatatkan bacaan berbahaya iaitu 404 setakat pukul 9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd