Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Cukai Naik, Harga Rokok...

SINGAPURA - Penduduk sekitar Johor di negara jirannya, Malaysia bakal menyaksikan kebanjiran ramai...

Guru Tuisyen Rotan Murid...

GARA-gara lembab dan tidak menyiapkan tugasan yang diberi, seorang guru tuisyen dipercayai bertindak...

Kerabat Diraja Johor Dijel...

PUTRAJAYA - Hukuman penjara terhadap seorang kerabat diraja Johor dikurangkan kepada dua tahun...

Filem Tempatan Perlu Masa...

MUAR - Kejayaan beberapa pembikin filem tempatan mencapai tahap jualan 'Box Office' di...

DAP `Tendang’ PAS Sebab Dah Rasa Kuat! – Hadi

KUALA LUMPUR – PAS `ditendang keluar’ oleh DAP kerana parti itu berasa sudah cukup kuat untuk memerintah Pulau Pinang tanpa PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, DAP juga berasa sokongan ke atas parti PAS akan berkurangan apabila `ditendang keluar’.

“Namun sokongan kepada PAS lebih meningkat, walaupun beberapa ranting PAS kononnya berjaya dicantas, tetapi tunas yang tumbuh daripadanya lebih banyak dan lebih subur.

“Inilah hikmah apabila istiqamah dengan Allah S.W.T secara ilmu yang memandu kebijaksanaan dan mengatur strategi yang boleh berubah di atas dasar dan matlamat Islam yang haram diubah,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Hadi menjadi sasaran kecaman DAP sejak kedua-dua parti itu memutuskan hubungan sekali gus mengundang kepada perpecahan Pakatan Rakyat.


DAP seterusnya menyokong kepada pembentukan Parti Amanah Negara (PAN) yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan golongan ulama parti itu.

Pemimpin DAP turut menuduh Abdul Hadi sebagai pengkhianat, penipu dan penyebab kepada perpecahan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori