• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Desak PM Letak Jawatan: Soo Wincci Sedia Terima Padah

oleh AK-47
02/09/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA penyanyi dan pelakon Malaysia yang kini berpangkalan di Taiwan, Soo Wincci tiba-tiba hangat diperkatakan selepas bertindak mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Soo Wincci yang juga bekas ratu cantik Malaysia 2008/2009 ini melakukan desakan itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook miliknya pada 30 Ogos lalu.

Tidak takut sebarang ancaman, Soo Wincci mengakui sanggup menerima padah termasuk disenaraihitamkan oleh mana-mana pihak akibat tindakannya itu.

KCTAKHTA
Soo Wincci yang juga bekas ratu cantik Malaysia 2008/2009.

Menurut Soo Wincci, sebagai selebriti dia berani bertindak sedemikian kerana mahu menjadi wakil buat rakyat yang menentang pentadbiran perdana menteri dan bersedia sekiranya dilucut taraf kerakyatan.

“Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima.

“Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, dia tidak berniat melukakan hati mana-mana pihak namun tindakan yang dilakukan adalah demi generasi masa hadapan.

Untuk makluman anda, minggu lalu, Soo Wincci telah memuat naik video perhimpunan Bersih 4.0 sambil meluahkan rasa terharu melihat masyarakat turun menyertai perhimpunan itu.

Pada masa yang sama, selebriti ini turut mendesak Najib meletak jawatan segera ekoran sudah lama perdana menteri itu mentadbir negara selain begitu selesa dengan kedudukannya sekarang. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

Tags: soo wincci
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Soo Wincci Akui Sunyi Solo, Tak Nak Terburu-Buru

05/04/2017
0

RAMAI rakan selebriti seangkatan dengannya telah pun melangkah ke fasa baharu iaitu alam rumah tangga. Namun Ratu Cantik Malaysia 2008,...

Fokus Kerjaya, Dr. Soo Wincci Belum Sedia Bercinta

29/01/2017
0

MEMANDANGKAN usianya bakal memasuki 32 tahun, pelakon dan penyanyi jelita, Dr. Soo Wincci pastinya tidak dalam lari ditanya mengenai soal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd