BEKAS tunang Zayn Malik, Perrie Edward akhirnya tidak dapat menahan kesedihan berikutan beritanya putus tunang dengan kekasihnya itu baru-baru ini.
Setelah sekian lama dilihat berjaya memendam rasa serta ‘berlakon’ seperti tiada apa-apa yang berlaku ketika berhadapan dengan peminatnya, ahli kumpulan Little Mix itu akhirnya menangis.
Drama air mata spontan itu berlaku ketika dia membuat persembahan dalam rancangan Today Show.
[ZAYN MALIK PUTUS TUNANG DENGAN KEKASIH, PERRIE EDWARDS]

Perrie Edwards kelihatan tidak dapat menahan sebak semasa mendendangkan lagu terbaru kumpulan itu yang berjudul The End.
Gadis berambut blonde itu tersentak ketika menyanyikan baris lagu yang berbunyi ‘no one can love you the way I used to‘ dan terpaksa berhenti menyanyi.
https://www.youtube.com/watch?v=NgY_DXPs2Ak
Walau bagaimanapun, Perrie yang bersedih ketika itu telah mendapat sokongan daripada rakan-rakannya yang berada di atas pentas serta peminat kumpulan itu yang bersorak dan memberi tepukan kepadanya.
Penyanyi yang memiliki vokal mantap itu sebelum ini telah bertunang dengan bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik, namun hubungan itu telah berakhir baru-baru ini selepas 3 tahun mereka bersama.

Gadis berusia 22 tahun itu juga kelihatan sangat profesional sebelum ini ketika tampil dalam rancangan temubual bersama James Corden dan menyatakan dirinya sangat ‘stabil’.
Malahan dia masih berasa gembira berada di samping ahli-ahli kumpulan yang lain.
“Saya sangat baik dan sangat bersyukur kerana memiliki tiga bintang (ahli Little Mix) ini yang sentiasa memberi sokongan kepada saya,” kata Perrie ketika James bertanyakan khabarnya.
https://www.youtube.com/watch?v=liczTsaOjs8
Baru-baru ini juga kumpulan yang sudah mengungguli carta lagu di United Kingdom selama 3 minggu berturut-turut menerusi lagu Black Magic itu telah dijemput untuk membuat persembahan bersama-sama dengan penyanyi yang terkenal dengan kisah cinta tidak kesampaiannya, Taylor Swift. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=5HHUMwjVnIQ

