• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umoja Jadi Zon ‘Haram’ Lelaki Sejak 25 Tahun Lalu

oleh Ahmad Albab
19/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAIROBI – Umoja yang bermaksud ‘perpaduan’ dalam bahasa tempatan Swahili merupakan sebuah perkampungan unik di Kenya apabila menjadi zon larangan keras kepada golongan lelaki sejak 25 tahun lalu.

Ini kerana penduduknya yang 100 peratus merupakan golongan wanita kebanyakannya adalah mangsa kes rogol, kahwin paksa atau mangsa keganasan rumahtangga di negara timur benua Afrika itu.

Sejak diasaskan pada 1990 lalu, kampung tersebut menjadi tempat perlindungan kepada kaum Hawa yang teraniaya dan kini ia didiami oleh lebih 50 wanita dewasa serta 220 kanak-kanak.

Menurut salah seorang penduduk di situ, Seita Lengima, tempat perlindungan itu diasaskan oleh 15 wanita yang terselamat daripada menjadi mangsa rogol pasukan tentera tempatan.

“Di luar sana, kaum wanita ditadbir oleh lelaki, jadi mereka tidak boleh membuat apa-apa perubahan tetapi wanita di Umoja mempunyai kebebasan sepenuhnya,’’ kata beliau.

Meskipun ia merupakan zon haram kepada lelaki, namun kaum Adam masih lagi dibenarkan berkunjung ke kampung tersebut tetapi tidak dibenarkan untuk bermalam di situ.

Ia kini menjadi tarikan utama pelancong antarabangsa dan kebetulan terletak hanya 380 kilometer dari ibu negara Kenya, Nairobi serta pintu masuk ke hutan simpan kebangsaan Samburu.

Tidak dapat dinafikan kaum wanita di situ menerima ugutan dan serangan daripada kaum lelaki yang tidak berpuas hati dengan penubuhan kampung berkenaan, tetapi setakat ini mereka masih bertahan.

Mereka memperoleh pendapatan dengan menjual barang kemas dan kraftangan selain mengendalikan pusat pelancongan dalam kawasan perkampungan yang dikelilingi pagar berduri. – Agensi/Mynewshub.cc

Tags: KenyaWanita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Angka Korban Meningkat 27 Termasuk Warga Asing

Next Post

Letupan Bangkok: 1 Warga Singapura Maut, Ramai Cedera

Related Posts

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

28/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan...

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

27/02/2025
1

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang awal ketika Ramadan. Menteri Besar...

Next Post

Letupan Bangkok: 1 Warga Singapura Maut, Ramai Cedera

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd