• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Pada Penyebar Fitnah Media Sosial Akan Ditutup

oleh Ahmad Albab
03/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menyebar fitnah kononnya semua rangkaian media sosial di negara ini akan ditutup.

Katanya beliau telah mengarahkan polis menyiasat punca berita itu dan mengambil tindakan terhadap individu yang memulakannya di laman sosial.

“Saya tidak memberi amaran tetapi saya telah meminta polis untuk menyiasat terhadap berita yang telah diviralkan kononnya saya akan menutup laman sosial.

“Jangan (nanti) orang yang memulakan berita itu terpaksa membayar harga yang mahal… jangan buat fitnah bodoh,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bayan Baru di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas berita yang tersebar di internet hari ini yang mendakwa kononnya beliau mengarahkan semua rangkaian media sosial di negara ini ditutup bermula Selasa depan.

Ahmad Zahid berkata tindakan pihak tertentu menyebarkan berita itu seolah-olah untuk memperlihatkan beliau tidak faham mengenai perundangan dan mahu semua pengendali media sosial membencinya.

“Laman sosial atau sebarang portal berita adalah di bawah kuasa SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia)… jangan rosakkan nama saya.

“Saya tidak beri amaran… sekali lagi saya sebut kalau polis menyiasat punca datang dari mana dan (siapa) orang itu, tiada maaf bagimu,” katanya.

Beliau meminta pihak terlibat menarik balik kenyataan itu dan mengingatkan media agar tidak menggunakan kebebasan bersuara untuk menyebarkan fitnah terhadap kepimpinan negara atau parti.

“Saya beritahu sekali lagi harga yang mahal terpaksa dibayar orang itu… saya akan cari puncanya dan puncanya akan tahu apakah tindakan yang akan saya lakukan,” katanya.

Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno, berkata media sepatutnya menulis berdasarkan fakta sebenar selaras dengan etika kewartawanan.

“Jangan mentafsir dan memutar belitkan. UMNO tidak akan berkompromi…saya beritahu anda…jangan harap saya akan keluarkan amaran, tapi (saya akan) ambil tindakan,” katanya.

Ahmad Zahid turut membuat penafian di laman Twitternya mengenai penyebaran fitnah itu dan menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan berikut,” katanya dengan menyertakan info grafik yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan tersebut.

Pada info grafik itu dipaparkan gambar beliau dengan kata-kata,”Kita akan sekat semua laman sosial Selasa ini” di sebelah gambar itu. – BERNAMA

Tags: media sosialZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd