• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Ke Atas Dr Mahathir Akan Keruhkan Keadaan

oleh Ahmad Albab
03/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron percaya situasi politik negara akan menjadi keruh sekiranya tindakan dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai perhimpunan Bersih 4.

Idris berkata pada masa ini ruang perbincangan serta peluang negarawan itu ‘kembali ke pangkal jalan’ luas terbuka dan khuatir tindakan itu mungkin menutup segala jalan untuk menjernihkan situasi politik di negara ini.

Beliau juga percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab mendorong atau mempengaruhi Tun Dr Mahathir dengan memberikan maklumat tidak tepat berasaskan emosi serta persepsi, sehingga beliau menyertai perhimpunan itu.

“Beliau (Dr Mahathir) melakukan sesuatu di luar kebiasaan (apabila menyertai Bersih 4) yang saya percaya ada pihak tidak bertanggungjawab di sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas mengadiri Perarakan Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Melaka di Bandar Hilir di sini hari ini.

Idris berkata kerajaan negeri mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4 di sekitar Bandaraya Melaka sejak Sabtu lepas.

“Mereka ingin merosakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa tema Sehati Sejiwa tidak berlaku di negara ini, saya tegaskan mereka (penganjur Bersih 4) gagal kerana kita rakyat Malaysia bersatu menyambut kemerdekaan negara hari ini dengan meriah dan gembira,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/LF-v9bgwtes

Tags: Idris Haron
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bersih 4 Gagal Capai Sasaran, Objektif Penganjuran

Next Post

“Apa Khabar Jutawan MLM, Pakai Kereta Apa Sekarang?”

Related Posts

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

Royalti Pasir Melaka: SPRM Rakam Percakapan Idris Haron

08/10/2021
0

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah merakam percakapan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengenai dakwaan...

Next Post

"Apa Khabar Jutawan MLM, Pakai Kereta Apa Sekarang?"

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd