• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tikam Perut Remaja Layan Telefon Bimbit

oleh Ahmad Albab
15/08/2015
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Dua penyamun tergamak menikam perut seorang pelajar tingkatan satu hingga parah semata-mata mahu menyamun sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM50 dalam kejadian di Lebuh Jelapang, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 10 malam, remaja lelaki berusia 13 tahun itu sedang mendengar lagu menerusi telefon bimbit di hadapan rumahnya sebelum didatangi dua lelaki bertopi keledar penuh dan menaiki sebuah motosikal.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Suprintendan Anuar Othman berkata, suspek kemudian terus mengacukan pisau kepada mangsa sebelum meminta telefon bimbit serta wang tunai milik mangsa diserahkan kepada mereka.

Katanya, mangsa yang takut dengan tindakan kedua-dua suspek itu mengacukan pisau kepadanya terus menyerahkan barangan berharga miliknya sebelum menjerit meminta bantuan daripada orang awam.

Menurut Anuar, sebaik mangsa menjerit meminta pertolongan, suspek kemudiannya yang mungkin terkejut bertindak menikam perut mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, untuk menerima rawatan dan keadaan mangsa dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan di bahagian perut,” katanya. – myMetro Online

Tags: kes ragutremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd