• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tegur Pemimpin Dengan Cara Berhemah, Beradab – Ahmad Shabery

oleh Ahmad Albab
11/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ahmad Shabery Cheek menasihatkan semua anggota parti menegur pemimpin parti secara berhemah walaupun tidak berpuas hati dengan pemimpin berkenaan.

Beliau berkata anggota parti perlu mengekalkan sikap santun dengan menegur pemimpin secara baik dan menggunakan saluran yang betul.

“Saya faham ramai yang tidak puas hati dengan beberapa isu, tetapi mahu menegur biarlah dengan santun, bukan mengherdik dan menggunakan kata-kata kurang baik.

“Tidak kira mahu menegur pemimpin atau bekas pemimpin, ia perlu dengan cara beradab,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di sini, Selasa.

Beliau mengulas tindakan sesetengah anggota UMNO yang membuat teguran secara terbuka terhadap pemimpin parti.

Mengenai perkembangan lain, Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyokong cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan supaya satu akta perlu diwujudkan bagi mengurus dana politik.

Katanya sudah tiba masanya negara mempunyai undang-undang khas bagi mengurus dana politik supaya ia lebih telus dan teratur.

“SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) misalnya boleh menjadi pihak yang memegang amanah bagi mengurus dana politik yang disalurkan untuk kegunaan tertentu,” kata beliau. – BERNAMA

 

Tags: Ahmad Shaberypemimpin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Faham-Fahamlah Pemimpin, Kalau Banjir Pulanglah Dari Cuti’

‘Faham-Fahamlah Pemimpin, Kalau Banjir Pulanglah Dari Cuti’

21/12/2022
1

Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan pemimpin supaya pulang daripada bercuti ketika berlaku bencana banjir. Ikuti Mynewshub: Telegram Katanya,...

Pemimpin BN, PN Jumpa 3 Petang Hari Ini – Sumber

Pemimpin BN, PN Jumpa 3 Petang Hari Ini – Sumber

23/11/2022
0

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) akan berjumpa pada pukul 3 petang hari ini di Hotel St Regis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd