Manila – Sekurang-kurangnya tiga terbunuh termasuk seorang budak lelaki berusia 10 tahun dalam tanah runtuh selepas hujan lebat akibat taufan kuat membadai utara Filipina.
Pegawai kaji cuaca Adzar Aurelio berkata, taufan Goni dilaporkan masih berada di laut semalam, kira-kira 100 kilometer ke timur Pulau Calayan dengan kelajuan 170 kilometer sejam serta kelajuan angin kencang sehingga 205 kilometer sejam.
Aurelio berkata taufan itu bergerak pada kadar tujuh kilometer sejam dan mungkin akan bergerak ke pulau-pulau kecil di utara negara itu.
Menurut pegawai pertahanan awam Andrew Alex Uy, seorang budak lelaki berusia 10 tahun terkorban selepas rumah keluarganya dilanda tanah runtuh.
Adiknya berusia sembilan tahun cedera sementara ibunya terselamat dalam kejadian berkenaan. – AP/myMetro Online
https://www.youtube.com/watch?v=VHi1kca0Zoo

