• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Boleh Bayar Bil Air Guna Lima Kad Kredit – Syabas

oleh Ahmad Albab
03/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengumumkan pembayaran bil air Syabas tidak boleh lagi dilakukan menggunakan khidmat bayaran bil automatik (auto-billing) melalui kad kredit lima ejen perbankan.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Priscilla Alfred berkata, lima ejen perbankan tersebut adalah CIMB Bank Berhad, UOB Bank, Citibank, Maybank Berhad dan RHB Bank Berhad.

“Perkara ini berkuat kuasa mulai 1 September 2015. Bagaimanapun, pelbagai saluran pembayaran bil air sedia ada yang lain kekal memberikan perkhidmatan kepada semua pengguna Syabas bagi urusan pembayaran bil air sama ada secara tunai atau melalui cek.

“Khidmat urusan pembayaran ini boleh diperolehi di semua Pusat Perkhidmatan Kaunter Setempat Syabas (OSCS) dan agensi kutipan rasmi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Priscilla berkata, pengguna boleh juga memilih untuk melakukan urusan pembayaran bil air Syabas di Pusat Perkhidmatan Kaunter Setempat Syabas
yang beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 4:30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat).

Jelasnya, Syabas merupakan satu-satunya syarikat utiliti di negara ini yang menawarkan OSCS yang hanya ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti imum.

“OSCS bertujuan untuk memudahkan dan memendekkan tempoh masa yang diperlukan oleh pengguna untuk membuat transaksi pembayaran,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna supaya membuat pembayaran bil air mengikut tempoh waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan pemotongan bekalan air kerana terlambat membayar bil air.

“Untuk makluman, caj pemotongan dan caj penyambungan semula sebanyak RM74.20 (termasuk GST) akan dikenakan sebelum penyambungan semula bekalan air di premis pengguna yang terlibat,” katanya. – mynewshub.cc

 

Tags: Bil
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Maut Rempuh Lori Terbabas

Next Post

Gambar Galaxy Note 5 Dan Galaxy S6 Edge+ Tertiris Di Arena Web

Related Posts

IWK Kutip 87% Bil Tertunggak

01/08/2017
0

KUALA LUMPUR – Indah Water Konsortium (IWK) berjaya mengutip 87 peratus daripada RM8 bilion bil perkhidmatan pembetungan tertunggak yang terkumpul sejak 1997, kata Pemangku Ketua Pegawai Operasi IWK Ir Mohamed...

Awas Taktik Sindiket Curi Data Peribadi!

02/07/2017
0

GOMBAK - Berhati-hati apabila anda diminta untuk mendedahkan butiran peribadi kerana ia mungkin akan berakhir di tangan sindiket pencuri data....

Next Post

Gambar Galaxy Note 5 Dan Galaxy S6 Edge+ Tertiris Di Arena Web

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd