• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stesen Jana Kuasa Tenaga Biomas Bernilai RM150j Di Bera

oleh Ahmad Albab
26/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Syarikat pembekalan tenaga boleh diperbaharui, Agni Power Sdn Bhd (Agni Power), memperuntukkan RM150 juta untuk membangunkan stesen jana kuasa tenaga biomas menggunakan sisa tandan kosong kelapa sawit (EFB) di Bera.

Pengarahnya Admi Othman berkata stesen jana kuasa itu yang dibangunkan di kawasan seluas 20 ekar (8.093 hektar) di Jalan Gugusan Bera, dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata tenaga elektrik yang dihasilkan jana kuasa berkapasiti 10 megawatt (MW) itu akan disalurkan ke sistem pembahagian Tenaga Nasional Berhad di pekan Bera, menerusi Perjanjian Pembelian Tenaga Boleh Diperbaharui selama 16 tahun.

“Pemilihan Bera adalah sesuai kerana kami mempunyai kontrak dengan Felda bagi pembekalan EFB, melibatkan lima kilang yang terletak antara 15 hingga 35 kilometer dari stesen jana kuasa kerana kami dijangka memerlukan 850 tan metrik EFB sehari,” katanya.

Admi berkata demikian kepada pemberita pada majlis pecah tanah dan pelancaran Projek Stesen Jana Kuasa Tenaga Biomas 10MW itu di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Datuk Dr Ir Ali Askar Sher Mohamed.

Admi berkata stesen jana kuasa itu apabila beroperasi kelak dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada 40 hingga 50 penduduk tempatan, manakala lebih 200 pekerja diperlukan pada fasa pembinaan.

Sementara itu, Ali Askar berkata stesen itu akan menjadi stesen ketiga seumpamanya di semenanjung yang diberi lesen di bawah SEDA, selepas stesen di Teluk Intan, Perak dan di Jengka, Pahang yang dijangka mula beroperasi pada hujung tahun ini.

Empat lagi stesen seumpamanya terletak di Sabah yang menyalurkan elektrik kepada Sabah Electricity Sdn Bhd, katanya.

“SEDA sebelum ini pernah menarik balik lesen yang diberikan kepada beberapa syarikat kerana tidak boleh mengekalkan tahap produktiviti ekoran kekurangan bahan mentah iaitu EFB untuk jangka masa panjang.

“Bagaimanapun, Agni Power dilihat tidak akan mengalami masalah itu kerana sudah memeterai kontrak dengan kilang milik Felda di sekitar Bera,” katanya. – BERNAMA

Lawatan Ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung – UTP Industrial

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Lelaki Maut, Kereta Bertembung Di Batu Pahat

Next Post

Adun Minta Mahasiswa Capai Kecemerlangan Pendidikan

Related Posts

Long Tiger Rogol Isteri Orang Dijel 12 Tahun, 5 Sebatan

Long Tiger Rogol Isteri Orang Dijel 12 Tahun, 5 Sebatan

30/05/2025
0

MUAR: "Kalau ambil gambar aku baling selipar," demikian ugutan lelaki etnik Rohingya yang dikenali sebagai 'Long Tiger' selepas dijatuhi hukuman...

Bukit Aman Tumpaskan Dua Sindiket Menyamar Polis Jepun

Bukit Aman Tumpaskan Dua Sindiket Menyamar Polis Jepun

30/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan dua sindiket penipuan 'call center' membabitkan warga Jepun, China dan Taiwan yang menyamar sebagai pegawai polis...

Next Post

Adun Minta Mahasiswa Capai Kecemerlangan Pendidikan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd