• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafie Apdal Tetap Setia Bersama UMNO

oleh Ahmad Albab
05/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau akan tetap setia bersama parti keramat itu walaupun digugurkan daripada Kabinet, Selasa lepas.

Walaupun tidak memegang sebarang jawatan dalam Kabinet, katanya beliau akan terus menjalankan tanggungjawab demi parti, rakyat dan negara.

“Banyak fitnah disebarkan selepas saya digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sampai ada mengatakan saya akan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). Ia adalah fitnah yang tidak berasas kerana saya akan tetap berdiri teguh dan setia bersama UMNO.

“Saya merupakan salah seorang pengasas UMNO di Sabah dan saya meminta semua anggota UMNO terus menyokong parti keramat ini. Oleh itu kita perlu sama-sama bersatu untuk memperkasakan UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada lebih 20,000 orang yang menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di perkarangan kediamannya di sini, hari ini.

Mohd Shafie, yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna, berkata beliau akan terus memberi tumpuan kepada jawatannya dalam parti serta berjuang memperkasakan parti itu.

“Bukan pangkat atau jawatan yang diutamakan, tetapi sebaliknya perkhidmatan kepada rakyat yang kita perlu utamakan.

“Pengguguran daripada Kabinet tidak menghilangkan fokus saya untuk terus berkhidmat dan bersuara untuk seluruh rakyat di negara ini,” kata Mohd Shafie.

Pada masa sama, beliau yang juga Pengerusi Biro Keahlian Baru dan Daftar Pemilih UMNO meminta semua anggota parti mendaulatkan parti dengan menghormati pucuk pimpinan.

Selain itu, beliau meminta semua anggota UMNO terus bersatu padu dan jangan melakukan sebarang tindakan yang boleh merosakkan parti.

Mengulas mengenai majlis itu, beliau berkata sokongan padu rakyat khususnya di Sabah memberi perangsang dan semangat untuk terus berjuang membela nasib rakyat.

Pada majlis itu, ribuan penyokong datang dari beberapa daerah di Sabah termasuk para penyokongnya daripada Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDM Malaysia) yang mula berkumpul di perkarangan kediamannya seawal pukul 8 pagi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Seri Nasir Sakaran dan ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong. – BERNAMA

Tags: Shafie ApdalUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd