PELAKON serba boleh yang baru sahaja mendapat cahaya mata sulung, Fizz Fairuz dihimpit satu kontroversi panas apabila dia dikatakan cuba menggoda seorang wanita yang juga pelakon baru bernama Fara Mendoza. Biar betul?
Cerita tersebut mula timbul setelah sebuah akaun Instagram sensasi yang sering membongkar gosip artis, @miss_kepoh, memuat naik satu imej screen captured yang memaparkan ‘sesi’ goda-menggoda antara individu yang didakwa Fizz dan Fara.
Gambar Kemeriahan Majlis Akikah Anak Fizz, Almy Nadia
Dalam perbualan di aplikasi Wechat yang didakwa berlaku antara kedua-dua mereka, pelakon utama filem Mat Tudung itu memuji kecantikkan tubuh Fara.
“Tapi serius body u mantop gila.
“Pandai jg ek.”  Lain macam je bunyinya, kan?
Pastinya, rata-rata pengguna mengutuk tindakan kedua-dua mereka. Buat Fizz, sebahagian netizen meminta supaya dia bertanggungjawab atas situasi tersebut.
Yelah, seandainya cerita ini benar, Fizz pastinya akan menghancurkan hati Almy Nadia sekali lagi. Semua tahu, sebelum mereka berkahwin, hubungan percintaan kedua-duanya selama tujuh tahun putus di tengah jalan apabila Fizz melangsungkan pertunangan dengan seorang wanita lain sebelum menyedari individu tersebut menipunya kerana telahpun berkahwin.
Fara juga tak terlepas apabila sebahagiannya mengeji tindakan wanita tersebut kerana menganggu rumah tangga suami orang. Apatah lagi, Almy dan Fizz baru sahaja mendapat anak. Dah tak ada lelaki lain ke nak dijadikan bf? Adoi.
Malah, perbuatan Fara yang dikatakan memuat naik screen captured perbualan tersebut di status Wechat peribadinya dipertikaikan. Yelah, apa tujuan nak tayang perbualan tersebut kepada semua orang?
Apa-apapun, kisah panas ini masih belum dipastikan kebenarannya. Kalau ikutkan, mungkin sahaja individu menyamar sebagai Fizz untuk tujuan menggoda wanita.
Tak payah nak kecoh-kecoh, kita tunggu sahaja kenyataan dari tuan punya badan, ya! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Almy Nadia Terima Semula Selepas Fizz Mohon Maaf
https://www.youtube.com/watch?v=wX2_6lMsqGw





