• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Boleh Terima Kritikan, Teguran – Najib

oleh Ahmad Albab
01/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai pemimpin utama parti, beliau boleh menerima teguran dan kritikan yang dibuat oleh anggota parti terhadapnya.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata kritikan dan teguran itu mestilah dibuat dengan cara dan di tempat yang wajar kerana jika dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya, ia boleh merosakkan parti.

“Kalau kita duduk semeja, kita bincang. Jika tidak cukup maklumat, cari maklumat. Kalau kita ada bercanggah pendapat pun tak apa, bertengkar pun tak apa, jangan sampai baling kerusi sahaja.

“Setakat tumbuk meja pun tak apa, sesama kita dalam bilik, tetapi bila kita di luar, kita orang parti yang setia kepada parti kita,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seremban, di Paroi di sini, hari ini.

Beliau berkata apabila sesuatu keputusan telah dibuat, semua anggota parti mesti menunjukkan perpaduan dan mempertahankan keputusan itu.

Najib berkata walaupun mempunyai perbezaan pendapat, anggota UMNO perlu menunjukkan bahawa parti itu terus bersatu terutama dalam memastikan parti itu dapat mengekalkan kedudukan dan memenangi pilihan raya umum akan datang.

“Sebab itu, pada saya kita mesti berusaha supaya parti kita ini teguh. Teguh kerana apa, kerana kita bersatu, setia, disiplin, komited, barulah parti kita teguh dan mencapai kejayaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai pelbagai laporan dalam Sarawak Report yang mana laporan itu seperti menggambarkan mereka cuba menentukan siapa yang harus memimpin negara ini.

Dalam hal ini, Najib menegaskan beliau tidak akan tunduk terhadap desakan atau kritikan oleh mana-mana pihak luar mengenai kepimpinan negara.

“Saya pantang dalam hal ini, saya tidak boleh terima jika orang luar cuba menentukan kepimpinan negara kita. Kalau saya tidak betul biar ahli parti yang menegur saya, saya boleh terima.

“Tapi kalau orang luar, orang putih luar, orang asing luar nak tentukan siapa yang patut memimpin negara, saya tidak akan terima dan ahli parti tidak akan terima. Apa hak mereka (orang luar)? Kita mesti bersatu dalam hal ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MH370: Perancis Komited Bantu Siasat Bukti

Next Post

Himpunan Haram Di KL Hambar, Tak Sampai 100 Peserta

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Himpunan Haram Di KL Hambar, Tak Sampai 100 Peserta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd