• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Dinasihat Berhubung Dengan Kedutaan

oleh Ahmad Albab
19/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Bangkok, Thailand dinasihatkan supaya berhubung dengan pihak kedutaan terlebih dahulu, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya mengikuti secara lebih terperinci larangan-larangan yang dikuatkuasakan pihak berkuasa tempatan di Thailand.

“Ini adalah perkara yang kita tidak jangka. Semalam pun berlaku satu lagi letupan, walaupun tidak membabitkan kehilangan jiwa tapi kita tidak mahu ia berlaku lagi kerana ia akan memberi kesan yang amat mendalam.

“Mana-mana individu yang ada perancangan ke sana saya minta supaya dapat berhubung dengan pihak kedutaan. Pihak kedutaan pun telah menyediakan talian khas,” katanya kepada pemberita selepas melawat anggota keluarga Lee Tze Siang, mangsa yang terbunuh dalam kejadian letupan bom di pusat bandar Bangkok, Thailand, di kediaman bapanya di Kampung Selamat, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, empat rakyat Malaysia terkorban dan tiga cedera dalam letupan pukul 7 malam Isnin.

Selain Tze Siang, 33, turut terkorban Lim Su Gaik, 49; Lee Jing Xuan, empat; dan Neoh Jai Jun, 20, yang bercuti ke Bangkok.

Dua daripada rakyat Malaysia yang cedera dikenali sebagai Tan Eui Hun, 29 dan Tan Kim Siok, 52, kedua-duanya dari Kelantan.

Reezal Merican yang juga anggota Parlimen Kepala Batas menyifatkan kejadian itu adalah perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab yang tidak dapat dimaafkan.

Beliau menggesa pihak berkuasa Thailand untuk segera mengesan penjenayah itu dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Reezal Merican berkata kerajaan akan menyediakan segala kemudahan bagi membantu anggota keluarga mangsa yang terlibat terutamanya usaha membawa pulang kesemua mayat ke tanah air.

Katanya keempat-empat mayat rakyat Malaysia akan dibawa pulang ke tanah air hari ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas pada pukul 10.20 malam. – BERNAMA

Tags: rakyat MalaysiaReezal Merican
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd