• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rahsia 5 Faedah Kulit Pisang Tiada Siapa Tahu!

oleh
13/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS makan pisang, anda mungkin membuang kulitnya. Namun tahukah anda bahawa kulit pisang sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan? Daripada kecantikan sehinggalah tanaman.

Dalam laporan kali ini, MYNEWSHUB bawakan beberapa manfaat kulit pisang yang menakjubkan, tetapi jarang diketahui, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Times of India dan dipetik portal Merdeka.com.

Menyuburkan tanaman

Kulit pisang boleh digunakan untuk kompos dan menyuburkan tanaman. Anda boleh menggunakan kulit pisang dengan memotong-motong, kemudian menaburkannya pada tanaman.

Kulit pisang akan buat tanah lebih subur dan tanaman cepat tumbuh. Anda juga boleh gunakan kulit pisang untuk menyiram tanaman. Caranya: rendam kulit pisang dengan air.

Kemudian campurkan air tersebut dengan lima bahagian air bersih yang biasa. Akhirnya, siramkan air berkenaan terus pada tanaman terbabit.

Menyembuhkan luka

Ramai tidak tahu kulit pisang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan membuat luka cepat sembuh terutama pada waktu kecemasan.

Caranya ialah dengan menggosokkan kulit pisang pada bahagian yang cedera, atau menampalkannya pada bahagian luka untuk satu malam.

Ini mungkin nampak lucu dan ala siri drama popular 1980-an MacGyver; namun tentunya anda perlu membersihkan kulit pisang sebelum itu.

Mengilaukan bahan kulit, perak

Menggosok bahan kulit, seperti beg atau kasut yang diperbuat daripada kulit, dengan kulit pisang boleh membuatnya kelihatan berkilat seperti jika menggunakan pengilap.

Bukan itu sahaja, rendaman kulit pisang juga boleh digunakan untuk membuat bahan-bahan perak menjadi lebih berkilau. Tidak percaya, cuba dahulu di rumah.

Menghilangkan kutil

Kulit pisang juga didakwa ramai pakar perubatan tradisional sebagai boleh menghilangkan kutil.

Caranya adalah dengan menampalkan kulit pisang pada kutil dan hanya membiarkannya semalaman.

Memang nampak kelakar tetapi cara itu diketahui boleh mengempiskan kutil secara beransur-ansur.

Menghalau serangga

Ini pasti lebih mesra alam dan dijamin bebas daripada penggunaan racun bahan kimia.

Kulit pisang boleh membantu untuk menghalau serangga perosak seperti lalat daripada tanaman.

Anda hanya perlu menaburkan sahaja kulit pisang pada tanaman tersebut, atau tanam kulit pisang di kebun. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: pisangtanaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rambut Berbentuk ‘Hati’ Kini Jadi Trend Di Korea Selatan

Next Post

Video: Aksi ‘Spiderman’ Lawan Pembuli Jalanan Di New York

Related Posts

Wanita Tidak Bayar Hutang Dibaling Pisang

Wanita Tidak Bayar Hutang Dibaling Pisang

24/06/2023
0

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita membaling pisang ke arah wanita lain yang...

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung Musnahkan Tanaman Penduduk

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung Musnahkan Tanaman Penduduk

03/02/2023
0

GUA MUSANG: Lebih 100 penduduk di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis di sini hidup dalam ketakutan selepas seekor gajah liar...

Next Post

Video: Aksi 'Spiderman' Lawan Pembuli Jalanan Di New York

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd